Pelajar maut ditikam Bandar Utama: Pengetua, guru kanan dipindahkan, sesi sekolah diteruskan seperti biasa — KP Pendidikan


  • Kes
  • Selasa, 14 Okt 2025

Lokasi sekolah menengah terbabit yang terletak di Bandar Utama. — Google Street

PEGAWAI pentadbiran tertinggi sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Selangor tempat berlakunya pelajar tingkatan empat mati ditikam pelajar tingkatan dua akan dipindahkan.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, proses pemindahan itu akan dilihat terlebih dahulu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya urusan pentabdiran sekolah berjalan lancar.

Katanya, tindakan segera akan diambil bagi memastikan siasatan boleh dilakukan dengan segera.

BACA LAGI: 'Kembalikan kuasa guru', ramai desak cikgu diberi hak merotan elak kes berangkai di sekolah

BACA LAGI: Pelajar maut ditikam Bandar Utama: Suspek pernah luah perasaan kepada mangsa, cerita rakan sekolah

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya. — The Star

"Kita akan lihat bagaimana kita hendak buat pergerakan itu agar ia berjalan lancar dan kita memang akan ambil tindakan segera dan perlu lakukan dengan segera," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Dalam masa yang sama, Mohd Azam akan mengesahkan siapakah pegawai yang akan dipindahkan sepanjang siasatan berjalan.

Lazimnya, pegawai tertinggi seperti pengetua dan guru penolong kanan yang akan dipindahkan oleh pihak kementerian.

"Itu kita akan nilaikan, siapa atau mana-mana yang terlibat supaya kita dapat memastikan siasatan yang kami atau pihak polis lakukan dapat dijalankan dengan lancar," jelasnya.

Dalam masa yang sama, jelas beliau, sesi persekolahan di sekolah tersebut akan dijalankan seperti biasa. — The Star/JAAYNE JEEVITA

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram