'Kembalikan kuasa guru', ramai desak cikgu diberi hak merotan elak kes berangkai di sekolah


  • Massa
  • Selasa, 14 Okt 2025

Hukuman rotan wajar dikembalikan untuk mendisiplinkan pelajar.

SEJAK kebelakangan ini, rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan pelbagai kes melibatkan pelajar sekolah yang cukup tragis.

Pada Selasa, seluruh negara digemparkan dengan berita seorang pelajar tingkatan dua menikam pelajar tingkatan empat sehingga mati di Bandar Utama, Selangor.

Kejadian tersebut jelas meraih perhatian daripada rakyat dengan mereka kecewa terhadap sikap anak muda zaman sekarang.

BACA LAGI: Pelajar maut ditikam Bandar Utama: Suspek pernah luah perasaan kepada mangsa, cerita rakan sekolah

BACA LAGI: KPM tubuh jawatankuasa khas siasat kes murid maut ditikam di sekolah di Bandar Utama

Bagi generasi terdahulu, hukuman rotan dapat mendewasakan mereka.

Satu perbezaan yang ketara antara dahulu dengan sekarang adalah kuasa rotan dimiliki guru adalah sangat terhad sedangkan ia amat berguna untuk mendisiplinkan pelajar.

Orang ramai yang kecewa melihat pelbagai kes jenayah melibatkan pelajar sekolah berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengembalikan semula hukuman rotan kepada guru.

Bagi generasi yang membesar dengan hukuman rotan, ia sangat membantu mereka menjadi 'orang' pada hari ini.

"Bila murid dimanja, kuasa guru hilang, inilah yang berlaku, rotan tak boleh, marah tak boleh, jadi ambil mudah, nak belajar, belajarlah. Tak nak belajar, ikut suka," kata Muhammad Md Saman.

"Bukan guru tak tegah, tapi bila guru tegah sikit ibu bapa datang maki cikgu," komen Hang Lipur.

"Berangkai-rangkai kes dalam sekolah, sekolah bukan lagi tempat selamat, risau sangat-sangat. Ibu bapa kena tunggu anak di kantin sekolah ke? KPM tolong jawab," soal Nor Aishah.

"Hidupkan kembali kuasa merotan kepada pengetua dan guru disiplin. Dengan cara inilah baru pelajar rasa takut dan saling menghormati antara satu sama lain," ujar Rahim Rahim. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram