KPM tubuh jawatankuasa khas siasat kes murid maut ditikam di sekolah di Bandar Utama


  • Kes
  • Selasa, 14 Okt 2025

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah di Bandar Utama. — Google Street

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memastikan semua aspek berkaitan kes kematian seorang murid akibat ditikam di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selangor, disiasat secara tuntas, telus dan adil.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, KPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta kesabaran menghadapi ujian tersebut.

Menurutnya, kes berkenaan kini dalam siasatan pihak berkuasa dan suspek telah ditahan polis.

BACA LAGI: Polis sahkan tiada unsur buli, rampas 2 barang kes tikam pelajar perempuan Tingkatan 4

BACA LAGI: Pelajar perempuan Tingkatan 4 maut ditikam pelajar lelaki 14 tahun di PJ

“KPM akan memberikan kerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan,”katanya dalam kenyataan itu.

Bagi menangani kesan trauma insiden berkenaan, pasukan kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan ke sekolah terbabit bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Fadhlina turut menegaskan bahawa pihaknya komited memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan, selain memperkukuh langkah-langkah pencegahan agar kejadian seumpama ini tidak berulang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram