Ramai setuju kerajaan patut naik caj klinik kesihatan, asalkan 'upgrade' fasiliti


  • Massa
  • Isnin, 06 Okt 2025

Caj perkhidmatan kesihatan awam wajar dinaikkan untuk membantu naik taraf fasiliti. — Agensi

MAJORITI daripada rakyat Malaysia memilih untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam seperti klinik kesihatan.

Cajnya yang murah serendah RM1 untuk rawatan biasa serta RM5 apabila bertemu doktor pakar menyebabkan mengapa klinik kesihatan sentiasa sibuk dengan kehadiran rakyat Malaysia.

Akan tetapi, di sebalik harganya yang rendah, terdapat kekurangan dalam perkhidmatan kesihatan awam terutamanya keadaan fasiliti yang uzur dan daif di sesetengah cawangan.

BACA LAGI: Tak selamat diduduki, Klinik Kesihatan Kuala Tahan ditutup

BACA LAGI: Ibu hamil jangan abai 3 bacaan kritikal dalam buku 'pink', petunjuk bayi sihat atau tidak

Melihat kepada situasi itu, timbul cadangan agar kerajaan menaikkan kadar caj di klinik kesihatan supaya ia dapat membantu membaiki fasiliti sedia ada.

Menurut seorang pempengaruh iaitu Najib Bakar, dia mencadangkan kerajaan menaikkan caj di klinik kesihatan dengan kadar RM1 kekal buat golongan miskin tegar.

"Pendapat peribadi. Kalau kerajaan naikkan caj kepada RM3-RM5 pun bagi aku tiada masalah. Boleh kekalkan RM1 kepada B40 dan miskin tegar.

"Lebihan dapatan tu boleh guna untuk naik taraf fasiliti kesihatan yang banyaknya dalam keadaan daif. Rasa macam dah tak relevan cuma RM1. Roti krim pun RM1.20," ujarnya.

Dengan melakukan sedikit kenaikan, ia dijangka dapat membantu kerajaan dalam memastikan perkhidmatan kesihatan awam dapat diberikan dengan baik kepada rakyat.

Ramai rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan kesihatan awam, jika ia dinaikkan sedikit mungkin tidak akan membebankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram