Tak selamat diduduki, Klinik Kesihatan Kuala Tahan ditutup


  • Massa
  • Khamis, 25 Sep 2025

Klinik Kesihatan Kuala Tahan ditutup akibat kerosakan struktur utama berpunca daripada pergerakan tanah. — Gambar hiasan

KLINIK Kesihatan Kuala Tahan, Jerantut, Pahang terpaksa ditutup sementara selepas bangunan utamanya mengalami kerosakan struktur akibat pergerakan tanah yang berlaku di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Dr Saiful Azlan Sharif berkata, faktor itu menyebabkan bangunan klinik terbabit tidak selamat diduduki.

Menurutnya, bagi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat tidak terjejas operasi klinik itu dipindahkan ke lokasi sementara ke Dewan Penghulu Reja, Kampung Padang bermula Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tangkap saja kalau buat hal', wanita Indonesia malu perangai kurang ajar 'content creator' di Malaysia

BACA LAGI: BUDI95: Bekalan minyak, transaksi dijamin lancar walau permintaan meningkat

Klinik Kesihatan Kuala Tahan ditutup akibat kerosakan struktur utama berpunca daripada pergerakan tanah. — Gambar hiasan

“Klinik berkenaan mula beroperasi sejak 1 Jun 1997 dan hasil pemeriksaan Jabatan Kerja-Raya (JKR) mendapati premis terbabit mengalami kerosakan struktur utama.

“Kinik itu memberikan perkhidmatan kesihatan kepada 6,000 penduduk setempat dengan purata kedatangan harian pesakit antara 50 dan 60 orang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya lagi, semua 24 petugas klinik terbabit akan meneruskan tugas mereka di lokasi sementara itu.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut sudah membuat hebahan kepada penduduk setempat mengenai perpindahan sementara itu.

“Sebagai perancangan jangka pendek, permohonan peruntukan untuk membaiki struktur sedia ada akan dilakukan mengikut kesesuaian dan penilaian dibuat Bahagian Forensik Struktur JKR.

“Pada 2024, projek pembinaan Klinik Kesihatan Kuala Tahan dengan kemudahan X-ray di tapak baharu sudah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua belas (RMK12).

“Kerja pembinaan bangunan baharu itu dijangka bermula tahun depan,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram