
PELAKON dan pengacara, Elly Ariffin kini menyertai barisan penyampai stesen radio Suria FM sebagai wajah baharu untuk segmen Morning Morning Suria.
Elly, 35, menyertai Fad dan Ajak untuk melengkapkan barisan trio segmen itu dengan dia memberikan sudut pandang yang berbeza dan segar kepada pendengar.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, kehadiran Elly dijangka akan menambah keceriaan kepada segmen tersebut sekali gus menghiburkan jutaan pendengar stesen radio tersebut.
BACA LAGI: Suria Wow Malaysia himpunkan artis ternama, aktiviti kebudayaan dengan kerjasama MOTAC
BACA LAGI: Suria FM jadi pilihan 3.3 juta pendengar, semakin kuasai dunia digital
"Kami sangat teruja menyambut kehadiran Elly ke Suria FM. Personalitinya yang mesra dan versatil akan menambah dinamik unik dalam segmen Morning Morning Suria.
"Kami percaya kombinasi Ajak, Fad dan Elly akan menjadi tarikan utama untuk pendengar memulakan pagi dengan lebih ceria. Suria FM akan terus komited memberikan hiburan berkualiti tinggi juga berinformatif yang dekat di hati rakyat Malaysia," kata DJ Lin dalam kenyataan pada Isnin.
Elly menyertai Fad, Ajak, Cik Piah (Gaya Suria dan Muzik Top Suria), Chiwan dan Kai Hassan (Suria Petang), Irsyad (Kafe Suria) serta DJ Lin (Suria Cinta) sebagai ahli barisan penyampai stesen tersebut.
Ini adalah kali pertama Elly bertugas sebagai penyampai radio. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram