[VIDEO] 'Laju-laju nak pergi mana', ibu bapa risau masih ramai gagal patuhi had laju depan sekolah


  • Tular
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Sebuah kereta hampir melanggar sekumpulan pelajar di kawasan sekolah.

DI Malaysia, pengguna jalan raya perlu mematuhi had laju yang ditetapkan bagi mengelak daripada kemalangan jalan raya berlaku.

Had laju ini sering dilihat di lebuh raya, namun di kawasan tertentu seperti sekolah turut diletakkan syarat itu kerana terdapat ramai pelajar menggunakan jalan raya.

Pengguna jalan raya lazimnya akan lebih berhati-hati di hadapan sekolah kerana enggan menjadi punca kepada kemalangan jalan raya yang berpotensi melibatkan pelajar.

BACA LAGI: ‘Itu yang lama tak kena bayar’, pengunjung Pantai Marang nafi tandas rosak, tersumbat

BACA LAGI: Bukan untuk cuba-cuba, jangan terlalu ghairah keluarkan duit pencen demi mulakan bisnes

Namun, masih lagi ada pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab dengan membawa secara berbahaya di hadapan sekolah.

Terdapat satu rakaman tular di media sosial mendapat sebuah kenderaan menderu laju di hadapan sekolah.

Lebih membahayakan, kenderaan itu memecut laju semasa pelajar-pelajar sekolah sedang melintas sambil diawasi oleh warden trafik.

Melihat kepada rakaman tersebut, ibu bapa jelas risau dengan tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pengguna jalan raya.

"Laju-laju nak pergi mana? Itu kawasan sekolah dan ada limit kelajuan. Dari jauh pun dah nampak warden trafik," kata Mot Nadine.

"Alahai risau bila tengok anak-anak terdedah dengan bahaya macam ni, dekat kawasan sekolah pun masih nak bawa laju," komen Shamsul Kadir.

"Apa yang dikejarnya sampai warden trafik tu pun nak dilanggar? Kalau terlanggar budak sekolah tak pasal jadi kes polis," ujar Shereena Khalid. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram