Ada sebab Malaysia tak boleh pendek waktu bekerja seperti Belanda


  • Massa
  • Jumaat, 26 Sep 2025

Budaya kerja dalam negara masih belum cukup matang untuk menampung pemendekan waktu bekerja. — Gambar Hiasan/Agensi

BELANDA sering dijadikan contoh negara dengan sistem kerja fleksibel dan waktu bekerja yang lebih pendek.

Di sana, produktiviti tidak terjejas walaupun pekerja mempunyai lebih banyak masa untuk keluarga, riadah dan kehidupan peribadi.

Malah, Belanda kekal antara negara dengan tahap ekonomi, daya saing dan kualiti hidup yang tinggi.

BACA LAGI: Tidak hadkan beli sekali sehari, harga petrol BUDI95 kekal RM1.99

BACA LAGI: 'Awalnya saya hilang arah, tak tahu nak buat apa', pelajar yatim piatu sebatang kara disambut seperti famili di UUM

Namun, realitinya Malaysia masih jauh berbeza. Budaya kerja dalam negara masih belum cukup matang untuk menampung pemendekan waktu bekerja.

Bagi pengguna Facebook, ياسمين حناني محمد سفيان, cadangan untuk memendekkan waktu bekerja dan mengurangkan hari bekerja disifatkan tidak relevan kerana Malaysia sudah mempunyai terlalu banyak cuti umum serta cuti khas.

Menurutnya, budaya cuti di negara ini bukan sahaja melibatkan cuti perayaan, malah turut merangkumi cuti mengejut, sambutan perayaan berulang di pejabat, serta aktiviti tertentu yang dilakukan pada hari bekerja.

“Belum masuk lagi cuti tergempar, tidak masuk pejabat sebab ada acara Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, berjalan, berbasikal atau berkayak.

"Sambutan raya pejabat pun entah berapa kali. Sana tak ada ya sambutan krismas sampai berhari-hari,” katanya.

Individu tersebut turut membandingkan situasi itu dengan negara lain yang hanya mempunyai cuti perayaan tertentu seperti Krismas, Boxing Day, Good Friday dan Easter, selain beberapa cuti umum lain yang terhad.

Menyentuh aspek pendidikan, dia mendakwa aktiviti sukan di sekolah tempatan juga memakan masa sehingga mengganggu sesi pembelajaran, berbeza dengan sekolah di luar negara yang tetap meneruskan kelas selepas acara sukan pada sebelah pagi.

"Sekolah pun sama juga. Sukan saja dah berapa hari tak belajar. Di sana jika sukan pagi, maa tengahari selepas rehat dah masuk kelas.

"Mereka real sport bukan pesta main. Takde latihan sampai berhari-hari sebab mereka dah berlatih ketika kelas Pendidikan Jasmani (PE) atau ketika waktu rehat," katanya.

Katanya, keadaan itu memberi kesan terhadap produktiviti termasuk dalam sektor pentadbiran apabila sesuatu urusan mengambil masa panjang untuk diluluskan.

"Mereka cuma cuti Krismas, Boxing Day, New Year, Good Friday, Easter dan adalah dua-tiga hari cuti lain.

“Bila cuti, surat tidak bergerak. Untuk meluluskan perkara yang mudah sekalipun boleh ambil masa sebulan kerana perlu melalui tiga hingga empat tapisan,” ujarnya.

Namun begitu, dia mengakui terdapat sektor kritikal seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen yang kekal mengekalkan disiplin waktu bekerja tepat pada masanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram