[VIDEO] Demi keselesaan penumpang, pemandu tegas dan profesional tegur pakcik hisap rokok dalam bas


  • Tular
  • Khamis, 25 Sep 2025

Tangkap layar dari video memaparkan pemandu bas menghisap rokok ketika sedang menggunakan pengangkutan awam itu.

PERATURAN lebih ketat sudah dikuatkuasakan dalam bas persiaran, termasuk pemakaian tali pinggang kaledar untuk mengelak kemalangan teruk berlaku.

Bagaimanapun, ramai mungkin tidak menyedari bahawa terdapat undang-undang yang menhalang penumpang menghisap rokok mahupun rokok elektronik ketika dalam perjalanan.

Jadi, itulah mengapa seorang pemandu bas bertindak menegur penumpang yang menghisap rokok dalam sebuah video tular di media sosial baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Bas persiaran terbabas di Genting Highlands

BACA LAGI: Pemakaian tali pinggang keledar: Operasi ke atas bas ekspres, persiaran — Pengarah JPJ Selangor

Peraturan ketat menghalang penumpang mahupun pemandu menghisap rokok dalam bas.

Dalam rakaman berkenaan, amaran dikeluarkan terhadap seorang lelaki berusia yang duduk di belakang kenderaan awam terbabit selepas sudah melanggar peraturan.

Tidak cukup dengan itu, penumpang terbabit turut bertindak membasuh tangan menggunakan air dalam botol mineral miliknya yang sudah pasti mengotorkan lantai bas.

“Jangan hisap rokok dalam bas bang, bas saya ada kamera bang. Jangan hisap rokok dalam bas ye. Satu bas bau rokok bang. Sampai sepah-sepah air tu, kenapa tu bang. Mana boleh basuh tangan dalam bas bang.

“Dengan abang hisap rokok lagi bang, bas saya ada CCTV (televisyen litar tertutup) bang. Abang tengok semua, saya nampak abang hisap rokok. Tu saya berhenti, abang suka-suka nak basuh kat lantai tu bang, kotor macam tu ha," katanya.

Tidak dapat dipastikan bilakah insiden itu berlaku dan ke manakah destinasi dituju kerana semakan di laman TikTok milik pemandu mendapati video berkenaan sudah dipadam.

Teguran itu dibuat dengan nada tegas, namun tidak mengherdik yang menunjukkan pemandu berkenaan masih menghormati penumpang lebih berusia terbabit.

Ini membuatkan pengguna media sosial, terutamanya Adili Shukaran kagum akan sikapnya dengan menyenaraikan empat perkara utama yang boleh dijadikan contoh.

"Berani, tak takut menegur dan bukan demi undang-undang sahaja, tetapi untuk jaga keselesaan lain. Tegas, nada suara pemandu tidak memekik hingga menimbulkan konfrontasi dan ayat digunakan mudah difahami.

"Pemandu ini juga sopan dan tidak bersuara hingga memalukan. Dia juga bersikap rasional, tidak mengganggu aliran trafik kerana sudah memberhentikan bas dan memastikan keselamatan penumpang lain," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram