Tujuh dipanggil bantu siasatan buli pesakit kanser berusia 10 tahun di Johor


  • Kes
  • Selasa, 19 Ogos 2025

Keadaan kanak-kanak lelaki itu ketika menerima lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Aznan Tamin. — Facebook/AznanTamin

POLIS sudah memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung dua kes buli membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.

Ketua Polis Johor, Komisioner Ab Rahaman Arsad berkata, keterangan mereka sudah diambil sebagai sebahagian daripada siasatan.

BACA LAGI: Raja Permaisuri Agong dedah ada mangsa buli diam kerana mahu lindungi rakan-rakan

BACA LAGI: Sembunyi kes buli kesalahan jenayah, Asyraf Wajdi beri amaran tindakan tegas terhadap pengurusan MARA

"Kami telah mengambil keterangan daripada pegawai perubatan yang merawat mangsa, ahli keluarganya serta saksi.

"Kami masih menunggu laporan perubatan penuh bagi menentukan tahap kecederaannya dan sama ada ia berpunca daripada perbuatan buli," katanya kepada media selepas melawat mangsa di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor pada Selasa (19 Ogos).

Beliau menambah, lebih ramai individu mungkin akan dipanggil bergantung kepada dapatan laporan perubatan.

Ketua Polis Johor, Komisioner Ab Rahaman Arsad (kanan).

"Mangsa masih dirawat di wad dan berada dalam pemantauan doktor. Pihak hospital tidak dapat mengeluarkan laporan penuh sehingga rawatannya selesai.

"Kami menasihati mana-mana mangsa buli agar tampil membuat laporan polis. Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh,” katanya lagi.

Mangsa yang turut menghidap kanser hidung itu didakwa dibuli oleh seorang senior di sebuah sekolah agama di Johor Bahru pada Februari lalu.

Dia kemudian dilaporkan sekali lagi dibuli oleh rakan sekolah di sebuah sekolah rendah di Skudai pada 7 Ogos, sehingga menyebabkan gegaran otak dan terpaksa dirawat di hospital. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram