Graduan kelas pertama boleh mohon semula pengecualian bayar pinjaman PTPTN bermula 1 September


  • Massa
  • Selasa, 19 Ogos 2025

Permohonan untuk pengecualian bayaran balik bagi graduan kelas pertama akan dibuka semula pada September.

GRADUAN kelas pertama yang memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh memohon semula pengecualian bayaran balik bermula 1 September.

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, pihaknya sedang menambah baik portal tersebut supaya permohonan itu boleh dilakukan semula oleh graduan yang layak.

Kata Norliza, ia boleh dibuat sebaik saja portal tersebut beroperasi sepenuhnya selepas tarikh tersebut.

BACA LAGI: Hutang PTPTN cecah RM5 bilion, 400,000 peminjam tak pernah bayar

BACA LAGI: PTPTN umum dividen Simpan SSPN 4.05% Tertinggi dalam tempoh 10 tahun

Datuk Seri Norliza Abdul Rahim

"Para graduan yang memenuhi syarat dibenarkan untuk memohon pengecualian.

"PTPTPN sedang menambah baik sistemnya dan portal akan beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2025. Permohonan untuk pengecualian boleh dilakukan selepas tarikh itu," ujarnya. 

Sebelum ini, terdapat keresahan peminjam yang memperoleh ijazah kelas pertama apabila mereka diminta untuk membayar semula pinjaman mereka.

Kata Norliza, polisi untuk memberikan pengecualian kepada kepada pemegang ijazah kelas pertama tidak pernah dimansuhkan.

"Harapnya, penjelasan tersebut dapat memberikan sedikit kelegaan. PTPTN kekal komited memenuhi mandat dalam menyokong pendidikan nasional," ujarnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram