'Luaskan kuasamu Johor', artis jelita Jepun promosi single pertama K-Pop sambil sarung jersi JDT


  • Podium
  • Jumaat, 25 Jul 2025

Hitomi Honda, salah seorang ahli Say My Name bergaya bersama jersi JDT.

SEKUMPULAN artis dari Korea Selatan mencuri tumpuan apabila memperagakan jersi kelab Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Kumpulan yang dikenali sebagai Say My Name (SMN), mempromosikan lagu terbaharunya berjudul iLy sambil menyarung jersi JDT yang sudah diubah suai.

SMN mengenakan jersi JDT yang disarung mereka pada musim 2017 yang menyaksikan Harimau Selatan mencatatkan gelaran berganda (Liga Super dan Piala Malaysia) ketika itu.

BACA LAGI: 'Cuti' lama musim lalu, tonggak Selangor-JDT -Terengganu kini sedia menyumbang

BACA LAGI: Dulu kawan kini lawan, 3 BFF akan berentap sesama sendiri musim baharu Liga M

Lebih menarik, jersi yang disarung oleh salah seorang ahlinya iaitu Hitomi Honda yang berasal dari Jepun itu diubah suai dengan ia menampakkan lebih feminin dan bersesuaian dengan citarasa fesyen Korea Selatan.

Lagu iLy itu baru saja tiga hari dilancarkan di laman YouTube, ia merupakan single pertama kumpulan tersebut.

Pemasaran SMN itu mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan rata-ratanya teruja melihat artis luar negara mengenakan jersi kelab tempatan.

"JDT mendunia," kata Ariff Tukiran.

"Luaskan kuasamu, Say My Name," komen Ron Van Der Merr.

"Pemain warisan baharu?," usik Nazhar Nordeen. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram