
LIMA remaja perempuan yang terlibat dalam kes buli pelajar tingkatan 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah iaitu Zara Qairina Mahathir akan tetap didakwa pada Rabu.
Memetik laporan Berita Harian, Peguam Negara (AG), Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) akan tetap mendakwa lima remaja tersebut mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan (Pindaan 2025).
"Kita akan teruskan," kata Mohd Dusuki ringkas pada Selasa.
BACA LAGI: Kes Zara: Mahu hukuman lebih berat, peguam mohon tangguh pendakwaan 5 suspek
BACA LAGI: Ibu Zara minta saksi terutama pelajar supaya tidak takut, kalau takut polis jumpa peguam
Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar
Sebelum ini, pihak peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina meminta agar pendakwaan ditangguhkan terlebih dahulu.
Hal ini kerana, seksyen yang digunakan untuk mendakwa lima remaja itu iaitu Seksyen 507C (1) dan tidak setara dengan insiden yang terjadi.
Ia juga untuk mengelak double jeopardy atau situasi di mana seseorang itu tidak boleh dibicarakan atau dihukum dua kali atas kesalahan serupa jika ia digunakan sekali lagi di masa depan.
Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 507C (1), seseorang itu akan dihukum penjara maksimum satu tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.
Berdasarkan seksyen tersebut, mana-mana pihak dengan apa-apa cara menggunakan perkataan atau komunikasi berunsur ancaman, kesat atau menghina sehingga menyebabkan seseorang merasa diganggu, tertekan, takut atau bimbang, boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam perkembangan lain, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis sudah menyerahkan kertas siasatan kes Zara Qairina kepada AGC untuk meneruskan pendakwaan.
Kata Saifuddin, terdapat tiga elemen dalam kes kematian pelajar tersebut iaitu buli, pengabaian dan gangguan seksual. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram