
SATU rakaman video memaparkan pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid diiringi oleh pengawal keselamatan ke bas pasukan selepas tamat perlawanan liga mencetus perbincangan hangat di media sosial.
Kejadian itu berlaku selepas kemenangan bergaya TFC 3-0 ke atas Penang FC dalam aksi Liga Super 2025/2026 yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Ahad.
Menerusi video yang dimuat naik oleh laman Facebook, Harimau Malaya, Akhyar atau lebih dikenali sebagai Mat Yat dilihat dikawal rapi oleh seorang pengawal menyebabkan penyokong tidak dapat mendekatinya untuk bergambar atau beramah mesra.
BACA LAGI: Natxo Insa muncul 'kuda tertua' Liga Super, ada ex 'teammate' sudah berubah angin
BACA LAGI: Bukan 'bolot' Liga A1, cuma 2 bintang senior buktikan JDT ada pelan sulit demi Harimau Malaya
Tindakan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian penyokong tempatan, yang menganggap pemain kebangsaan itu bersikap sombong atau enggan melayan peminat.
Namun begitu, segelintir penyokong tampil mempertahankan tindakan keselamatan tersebut, mengaitkannya dengan insiden lalu yang pernah menimpa pemain kelahiran Kedah itu.
Pada Mei 2024, Akhyar menjadi mangsa serangan dalam satu kejadian samun di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu, yang mengakibatkan beliau mengalami kecederaan di kepala dan kaki serta kehilangan wang tunai dan barangan peribadi.
Oleh itu, peminat menyifatkan tindakan mengiringi pemain itu sebagai langkah pencegahan yang wajar, terutamanya selepas beberapa siri insiden membabitkan keselamatan pemain bola sepak tanah air, termasuk kes simbahan asid terhadap Faisal Halim.
"Dia pernah ada kes kena pukul, memanglah polis jaga, tambah pula dengan kes Faisal Halim kena asid, dia bukan sombong tapi demi keselamatan," kata Mohd Haikal Hanafi.
"Sebelum ini dia pernah kena, mestilah polis nak jaga dia. Sampai sekarang tiada lagi tangkapan kes pemain bola ini. Tak salah pun polis nak jaga," ujar Alif Firdaiy.
"Orang lupa ke dia pernah kena serang sebelum ini?," tulis Happy Izan.
Akhyar tidak memberikan sebarang respons berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram