MCMC panggil Muhyiddin Yassin, beri keterangan sebagai saksi


  • Massa
  • Khamis, 07 Ogos 2025

Anwar (kiri) sebelum ini mengarahkan MCMC untuk membuat siasatan mengenai kenyataan berkenaan Muhyiddin (kanan).

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Siasatan tersebut melibatkan kandungan sebuah akaun TikTok yang mengaitkan beliau dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar RON95.

"Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan, dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak-anak tak selesa, warga asing santai ‘bolot’ taman permainan di Melaka

BACA LAGI: ‘Alhamdulillah’, Amir Raja Lawak respons selepas dikenakan tindakan undang-undang oleh Awesome TV bersama Mamak Puteh dan Abu Mamu

MCMC memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai saksi bagi membantu siasatan.

"Bagi melengkapkan siasatan, MCMC akan memanggil mana-mana individu yang berkaitan sekiranya perlu," kata MCMC dalam satu kenyataan pada Khamis.

MCMC menggesa agar semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi, serta memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan secara bebas, berhemah dan profesional.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan MCMC agar menyiasat dakwaan Muhyiddin mempertahankan hak warga asing dalam isu rasionalisasi subsidi RON95.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, arahan siasatan tersebut dikeluarkan susulan kenyataan Muhyiddin yang menafikan tuduhan berkenaan.

Terdahulu pada Selasa (5 Ogos), Muhyiddin tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau cuba melindungi kepentingan warga asing menerusi program subsidi, menyifatkannya sebagai pembohongan dan fitnah semata-mata.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan bahawa subsidi bahan api negara sentiasa disasarkan kepada rakyat Malaysia dan tidak pernah ditujukan kepada bukan warganegara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram