
SERING kali kita ternampak penunggang motosikal membantu penunggang lain menggunakan teknik 'towing' untuk membawa kenderaan rosak ke mana-mana bengkel berhampiran.
Walaupun cara tersebut sukar dipraktikkan kerana memerlukan kekuatan fizikal, ia adalah cara terbaik bagi membantu mereka yang mengalami kerosakan di tengah jalan raya.
Namun, pendekatan berbeza digunakan dua penunggang motosikal yang memilih untuk menggendong motosikal rosak sementara membonceng penunggang lain dipercayai kenalannya.
BACA LAGI: [VIDEO] Kemalangan di UPM: Pemandu bas dijel seminggu, denda RM8,000
BACA LAGI: [VIDEO] Penumpang berdepan detik ngeri bas rempuh jejambat, polis Manchester tahan pemandu
Towing menggunakan kaki merupakan cara terbaik untuk membantu motosikal yang alami kerosakan.
Perkara tersebut sempat dirakam pemandu lori treler dan dimuat naik di laman TikTok akaizaizzati memaparkan aksi tersebut yang boleh mengundang bahaya dan risiko.
Dalam video berdurasi 53 saat itu, pemilik akaun tersebut berada dalam kenderaan berat berkenaan dengan dia menyedari perkara tersebut dan segera meminta kedua-duanya berhenti di tepi lebuh raya.
"Tengah santai-santai bawa lori, ternampak abang-abang 'rider' bawa motosikal. Tetapi, ternampak pelik sedikit apabila ada motosikal atas motosikal. Rupanya, motor dia rosak dan kawannya tolong.
"Jadi, abang lori hon suruh berhenti di tepi kerana bahaya sambil terniat untuk bantu abang-abang 'rider' ni. Mungkin rezeki kita untuk menolong orang susah. Terus abang lori suruh mereka letakkan motosikal di atas lori," tulsnya.
Pelawaan tersebut diterima kedua-dua penunggang motosikal berkenaan yang menolak kenderaan roskak tersebut sementara salah seorangnya menjaga aliran trafik.
Bantuan dihulurkan pemandu lori tersebut sememangnya cukup dihargai kerana tindakan sebegitu boleh mengundang risiko sekiranya penunggang hilang kestabilan di atas kenderaan.
Meskipun mengetahui bahaya dialami kedua-dua pengguna jalan raya berkenaan, pengguna media sosial lain masih sempat meninggalkan reaksi mencuit hati sambil mengingatkan supaya aksi tersebut tidak lagi diulangi.
"Kawan itu seorang yang bagus, tidak meninggalkan sahabatnya walaupun risiko tinggi berbuat demikian, hargailah dia sebaiknya. Abang lori yang bantu juga terbaik," kata Cik Azie Kazimah.
"Pertolongan yg diberikan macam ini mungkin dpt menyelamatkan nyawa, tak cerita lagi memudahkan insan yang sedang susah itu. Tentu pemandu lori itu sangat besar hatinya dengan orang yang memberikan bantuan dan meringankan bebannya," kata Tuah Kasturi Jebat.
"Bagus dan tahniah untuk semua pihak dalam video ini. Cuma, perlu diingatkan tindakan sebegitu adalah cukup bahaya, tidak perlu dibawa motosikal rosak sebegitu," kata Halim Naim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram