[VIDEO] Pemandu lori maut tersepit, nahas 3 kenderaan berat di Lebuhraya Utara-Selatan


  • Kes
  • Khamis, 12 Jun 2025

Kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan berat di Kilometer 81.9 arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Batu Pahat, Johor pada Khamis. — LLM

SEORANG pemandu lori berusia 34 tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan tiga kenderaan berat di Kilometer 81.9 arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Batu Pahat, Johor pada Khamis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Mohd Hafiz Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.33 pagi.

"Kemalangan tersebut melibatkan tiga kenderaan berat iaitu sebuah lori lapan tan, sebuah lori tangki dan sebuah treler.

BACA LAGI: Mulut berbau bukan biasa-biasa, petanda masalah dalaman — Pakar

BACA LAGI: Jangan jadikan pemandu 'kambing hitam', wujudkan satu akta khas elak tragedi nahas UPSI berulang — Pakar

 

 

 

"Akibat perlanggaran itu, pemandu treler mengalami kecederaan dan tersepit di dalam kenderaannya,” katanya pada Khamis.

Tambah beliau lagi, mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

Dua lagi pemandu lori yang masing-masing berusia 37 dan 42 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram