[VIDEO] Warga asing merusuh di Bukit Mertajam, bertempiaran lari selepas diserbu polis


  • Tular
  • Sabtu, 21 Jun 2025

Sekumpulan warga asing mengerumuni van berwarna putih sebelum bertempiaran selepas menyedari kehadiran pihak polis.

KECOH di media sosial apabila sekumpulan pekerja warga asing bertindak melakukan demonstrasi di sebuah hotel sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Jumaat.

Dalam video tular berdurasi kurang dari dua minit itu, kelihatan sekumpulan individu berkumpul di perkarangan hotel yang terletak bersebelahan dengan Balai Polis Trafik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Mereka pada awalnya mengerumuni sebuah van berwarna putih yang diparkir di laluan hotel terbabit, namun tidak dipastikan punca sebenar tindakan mereka yang rata-ratanya dipercayai warga Bangladesh.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu lori sebabkan kabel jatuh, libas leher penunggang di Bukit Mertajam direman

BACA LAGI: [VIDEO] Syarikat treler terbalik di Bukit Mertajam berdepan penggantungan lesen operasi — Anthony Loke

Bagaimanapun, kehadiran kereta peronda menyaksikan masing-masing pantas melarikan diri, tetapi terus kekal di lobi hotel dengan ia menunjukkan terdapat tuntunan mahu dilakukan.

Dalam sebuah klip berasingan, kelihatan juga beberapa individu difahamkan warga tempatan bertanya kepada pihak polis mengenai insiden tersebut dengan rusuhan terbabit pasti menimbulkan kegusaran.

Setakat ini, pihak polis Pulau Pinang masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian terbabit dan tiada sebarang kerosakan mahupun kerugian dilaporkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram