
SEORANG pemandu lori menyebabkan kemalangan teruk di Kilometer 39 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Serendah, Selangor pada Jumaat ditahan polis.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus dilaporkan berkata, kejadian melibatkan sebuah kereta Proton Saga, sebuah lori treler dan sebuah lori tangki.
Katanya, suspek ditahan selepas ujian air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati positif dadah jenis methamphetamine.
BACA LAGI: Pendakwa Raya Thailand fail rayuan tahan sebulan lagi penyanyi Bey Soba Bey, suami dan rakan
BACA LAGI: Ibu tergamak jual anak berusia 6 tahun, mata hijau buat pembeli tertarik
Suspek juga dilaporkan mempunyai lima rekod dadah serta 32 kesalahan trafik.
Siasatan awal mendapati, Proton Saga yang dipandu oleh seorang wanita berusia 31 tahun dalam perjalanan dari arah Selayang menuju ke Batang Kali.
Ketika berada di laluan tersebut, kereta mangsa dilanggar lori tangki dari belakang yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun.
Akibat perlanggaran itu, lori tangki terbabit telah bergesel dengan sebuah lagi lori treler.
Kejadian itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa atau kematian.
Sementara itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil ke balai polis berkenaan bagi membantu siasatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram