Peguam Negara arah gali semula kubur Zara Qairina, laksana bedah siasat


  • Kes
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

AGC mengarahkan agar kubur Zara Qairina digali semula.

JABATAN Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan agar kubur pelajar sekolah agama di Sabah, Zara Qairina Mahathir digali semula.

Dalam kenyataan pada Jumaat, AGC mengarahkan agar mayat Zara Qairina untuk dibedah siasat kerana terdapat keperluan untuk pihak polis dalam siasatan mereka.

AGC berasakan proses itu perlu supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh.

BACA LAGI: Ibu Zara Qairina serah telefon ada rakaman perbualan kepada polis — Peguam

BACA LAGI: 'Kita perlukan keadilan sekarang!', Mimi Lana desak pelaku, pembuli Zara Qairina dikenakan hukuman setimpal

"Setelah AGC meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan oleh pihak polis berhubung kes kematian Zara Qairina, AGC berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh pihak polis demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.

"Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada pihak polis bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan ke atas jenazah," kata AGC. 

Sebelum ini, terdapat dakwaan oleh keluarga Zara Qairina yang tiada bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa ketika dikebumikan pada 17 Julai.

Zara Qairina, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah didakwa meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya.

Namun keluarganya mendakwa Zara menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan sekolahnya sehingga mengundang kepada kematiannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram