Netanyahu lulus strategi perang kuasai Gaza sepenuhnya


  • Benua
  • Jumaat, 08 Ogos 2025

Tentera Israel akan menguasai keseluruhan Gaza untuk menewaskan Hamas.

ISRAEL dijangka mengukuhkan penguasaan mereka di Semenanjung Gaza apabila strategi perang baharu sudah diluluskan oleh Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.

Netanyahu dilaporkan sudah mengarahkan angkatan tenteranya untuk bergerak menuju ke Gaza City dengan misi untuk menghapuskan pejuang Hamas.

Setakat ini, Israel sudah menguasai 75 peratus daripada Semenanjung Gaza.

BACA LAGI: Kanada jatuhkan 10 tan bantuan kemanusiaan dari udara Gaza bersama 5 negara

BACA LAGI: [VIDEO] Berat hanya 25 kg, atlet remaja Palestin maut akibat kebuluran di Gaza

Benjamin Netanyahu

Israel dikatakan sekadar mahu menguasai sepenuhnya wilayah Gaza dan tidak bercadang untuk memerintahnya, sebaliknya kawasan tersebut akan diberikan kepada negara Arab lain.

"Dalam pelan untuk menewaskan Hamas, Israel bersedia mengambil hak kawalan Gaza City sambil memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di luar kawasan perang.

"Terdapat lima prinsip dalam strategi baharu ini iaitu menewaskan Hamas, mendapatkan semula semua tebusan sama ada hidup atau mati, mengosongkan Semenanjung Gaza daripada barisan tentera, mewujudkan kawalan keselamatan Israel di Semenanjung Gaza serta mewujudkan pentadbiran sivil alternatif yang tidak diterajui oleh Hamas atau pihak berkuasa Palestin," katanya.

Dalam pada itu, Hamas berkata, tindakan Netanyahu tersebut tidak lain daripada kemahuan dirinya sendiri yang turut melibatkan ideologi politiknya.

Hal ini kerana, Netanyahu sedang mengalami tekanan oleh rakyatnya sendiri akibat perang dengan Hamas.

"Rancangan Netanyahu untuk meningkatkan pencerobohan mengesahkan tanpa sebarang keraguan keinginannya untuk menyingkirkan tawanan dan mengorbankan mereka demi kepentingan peribadi serta agenda ideologi pelampaunya," kata Hamas. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram