
DI Indonesia, sedang hangat trend dikenali sebagai sound horeg yang hingga menarik perhatian Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Trend tersebut adalah di mana alat pembesar suara akan diletakkan dalam jumlah yang banyak di atas kenderaan, lazimnya sebuah lori.
Ia menjadi hiburan masyarakat setempat di Indonesia namun begitu bunyinya yang terlalu kuat sudah menyebabkan kematian.
BACA LAGI: Pembantu rumah Indonesia dakwa didera agensi di Sarawak sebelum dihantar pulang ikut jalan tikus
BACA LAGI: Sapu bersih 4 kategori LAO-RSGC 2025, bintang muda Indonesia intai peluang pentas Sukan SEA
Disebabkan itu, MUI mengeluarkan fatwa mengatakan trend tersebut sebagai haram sekiranya ia memudaratkan.
"Peraturan ini terpakai juga kepada alat bunyi yang lain. Jika bahan itu menghasilkan bunyi bising, memecahkan gegendang telinga, itu bermakna ia membawa mudarat. Jika ia membawa mudarat, maka ia dianggap haram," kata Setiausaha Agung MUI, Amirsyah Sanusi Tambunan.
Keputusan untuk memfatwakan trend tersebut sebagai haram semasa Forum Satu Muharram 1447H yang diadakan di Jawa Timur pada 26 hingga 27 Jun.
Kes kematian yang disebabkan oleh sound horeg berlaku apabila seorang wanita berusia 39 tahun, Anik Mutmainnah meninggal dunia semasa mendengar bunyi tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram