[VIDEO] 'Kita tak tahu ujian orang lain', rider p-hailing sujud di tengah panas, ikhtiar terakhir kurangkan bebanan hidup


  • Massa
  • Selasa, 29 Jul 2025

Penunggang berkenaan bangkit selepas dihampiri seorang lelaki berbaju hitam yang pasti risau akan keadaannya.

SEBUAH video menyentuh hati tular di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing bertindak sujud di tepi jalan yang dikongsikan di TikTok Nurainzulaika1.

Dalam rakaman berdurasi kurang dari 30 saat berkenaan, kelihatan lelaki tersebut yang mengenakan jaket biru berkelakuan sedemikian dengan motosikal dipercayai miliknya diparkir bersebelahan.

Menyedari perkara berkenaan, seorang lelai berbaju hitam bertindak menghampiri individu terbabit dengan kehadirannya membuatkan penunggang berkenaan bangkit dari sujudnya.

BACA LAGI: Dibenar ikat jamin RM5,000 miliki dadah jenis ganja, Along Cham sujud syukur

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki disangka meninggal ketika solat, forensik terkejut rupanya sujud lama

 

"Abang rider stress sangat agaknya, sujud sebagai ikhtiar terakhir. Tengah santai jalan-jalan, ternampak dia sedang bersujud. Ingatkan sedang solat, tetapi bukan sebenarnya.

"Mungkin ada dugaan yang betul tak dapat ditahan atau terlampau tertekan dengan dugaan hidup dihadapi. Jadi, abang tu datang tengok kerana risau. Takut jika abang rider ada masalah yang ingin dikongsikan," kata pemilik video menerusi kapsyen dalam video.

Kedua-dua lelaki tersebut kemudian bersembang seketika sebelum individu berbaju hitam itu bersalam dan dipercayai menghulurkan sedikit wang ringgit bagi meringankan beban dipikul penunggang p-hailing berkenaan.

Video tersebut sememangnya menyentuh hati kerana individu terbabit sanggup bersujud di bawah terikan mentari dengan harapan beban dipikul dapat diringankan segera.

Meskipun tidak mengetahui cabaran dihadapi, orang ramai yang menonton rakaman pendek berkenaan masih terkesan kerana masing-masing melihat tekanan dihadapi penunggang itu cukup menduga.

"Ya ALLAH, menitis air mata jantan aku. Ketika sedang sujud, ALLAH hantar orang baik betul-betul di hadapannya. Ya ALLAH, engkau permudahkan urusan mereka berdua, lancarkan rezeki melimpah ruah buat mereka," kata Amin Perak.

"Kita tidak tahu apakah masalahnya. Kadang-kadang, dah ada kerja dan gaji tetapi masih juga dihimpit masalah dan kesusahan. Kita tak nampak kesusahan orang lain," kata Sis Hani.

"Jika tak pernah rasa susah dan diuji, jangan menilai kesenangan kita itu satu nikmat yang tak akan ditarik ALLAH. Masing-masing ada ujian dan laluan hidup mereka sendiri yang ditakdirkan Allah, jangan pernah mengalah dengan takdir," tulis Ang Fidodido. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram