
SKUAD kebangsaan Indonesia Bawah-23 (B-23) tahun sudah bersedia menghadapi Vietnam pada perlawanan akhir Piala Mandiri Asean B-23 2025 yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia pada Selasa.
Menjelang aksi final berkenaan, kecoh dalam kalangan penyokong Vietnam apabila pasukan tuan rumah didakwa mengintai sesi latihan mereka selepas tular foto seorang lelaki berada di kawasan kem skuad kendalian Kim Sang-sik.
Meneruti hantaran dari media Vietnam di laman Facebook, BLV Ta Bien Cuong berkongsi dua foto lelaki yang dilabel sebagai 'spiderman' berikutan lagaknya mengintai sesi latihan pasukan berkenaan.
BACA LAGI: Ex coach anggap skuad B-23 bukti pembangunan bola sepak Malaysia jauh ketinggalan
BACA LAGI: Piala Mandiri: Nafuzi, Harimau Muda perlu lulus 'ujian pertama' sebelum Kelayakan Piala Asia B-23
"Spiderman mengintip latihan B-23 Vietnam," tulis kapsyen media berkenaan pada laman Facebook.
Gelagat lelaki yang didakwa kakitangan skuad kebangsaan Indonesia itu mencuri perhatian penyokong bola sepak serantau dengan ada yang melihat Garuda Muda sungguh gementar berdepan Vietnam pada Selasa malam.
Manakan tidak, Vietnam merupakan pencabar terbesar kempen kali ini berikutan sudah muncul sebagai juara bertahan dalam dua edisi terakhir selepas memenangi kejohanan itu pada 2021 dan 2023.
Berdasarkan rekod head-to-head, Vietnam B-23 masih memegang kelebihan berbanding Indonesia B-23 apabila mereka mencatat enam kemenangan ke atas Garuda Muda dalam pelbagai pertandingan, termasuk Kejuaraan AFF B-23 2023.
Perjalanan Indonesia ke final bukanlah mudah selepas mereka mencatat seri 0-0 menentang musuh ketat Malaysia pada peringkat kumpulan dan di separuh akhir pula, Indonesia menewaskan Thailand menerusi penentuan sepakan penalti usai seri 1-1.
Sementara itu, skuad Golden Star Warriors itu pula mempamerkan aksi mengagumkan sejak peringkat kumpulan, menewaskan Laos 3-0 dan Kemboja 2-1 sebelum menewaskan Filipina 2-1 di separuh akhir.
Aksi final pada Selasa akan menjadi detik bersejarah bagi Indonesia kerana tuan rumah berjaya mara ke final selepas kali terakhir dilakukan Thailand yang mengalahkan Singapura 3-0 di Bangkok pada 2005. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram