TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang disangka meninggal dunia ketika sedang sujud di sebuah surau hospital di Indonesia baru-baru ini.
Video berkenaan dimuat naik dalam akaun TikTok @ibnumurtii.
Difahamkan, lelaki yang disangka meninggal dunia ketika sedang sujud itu sebenarnya tertidur ketika solat akibat keletihan.
Memetik laporan media TribunSolo, lelaki tersebut berada dalam keadaan sujud hampir 30 minit lamanya.
Malah dalam video tersebut turut kelihatan beberapa pegawai forensik dan pengawal keselamatan cuba memindahkan lelaki itu.
Ketika salah seorang daripada mereka memegang lelaki tersebut, badannya bergerak dan dia kemudian bangun daripada posisi sujud dalam keadaan mengantuk.
Menurut Ibnu, kejadian itu berlaku di sebuah surau yang disediakan oleh pihak hospital.
Katanya, lelaki berkenaan berkemungkinan tertidur akibat keletihan menjaga saudara yang sakit di hospital berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram