Buluh madu alternatif penghadang mesra alam di Sungai Korok, sumber rezeki seperti di Felcra Seberang Perak


  • Massa
  • Khamis, 10 Jul 2025

Sanusi (gambar kecil) mencadangkan untuk menanam buluh madu di tebing sungai sebagai langkah keselamatan jalan raya susulan tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Alor Setar.

CADANGAN kerajaan Kedah untuk menanam buluh madu di tebing sungai sebagai langkah keselamatan jalan raya mula mencuri perhatian ramai, bukan sahaja kerana pendekatannya yang mesra alam, tetapi juga berpotensi menjana pendapatan penduduk.

Langkah itu dikemukakan susulan tragedi menyayat hati di Sungai Korok, Alor Setar yang meragut enam nyawa sekeluarga selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam sungai Isnin lalu. 

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, tanaman buluh madu yang tumbuh secara padat dan bercabang rapat mampu membentuk penghadang semula jadi, selain mengukuhkan struktur tebing serta mengurangkan risiko hakisan tanah.

BACA LAGI : [VIDEO] 'Cuma nak sambung kehidupan kami', jual roti canai murah, baiknya hati suami isteri korban lemas sekeluarga Sungai Korok

BACA LAGI : [VIDEO] ‘Ya ALLAH mudahkan urusan anak sulung dia’, 6 beranak termasuk bayi lemas, kereta ditemukan di dasar Sungai Korok, Jitra

Walaupun cadangan itu mengundang pelbagai reaksi dan ada yang menganggapnya sebagai tidak masuk akal, namun ada dalam kalangan warga maya berasakan ia merupakan satu idea yang bijak. 

Seorang pengguna media sosial, Azizi Tamrin, menyambut baik cadangan berkenaan dengan berkongsi contoh kejayaan Felcra Seberang Perak dekat Changkat Lada, Perak yang menanam buluh lemang di sepanjang batas parit tali air.

"Tidak mustahil… mereka tanam buluh lemang sepanjang parit tepi jalan. Buluhnya juga mendatangkan hasil bila musim-musim perayaan,” katanya. 

Tanaman buluh madu yang tumbuh secara padat dan bercabang rapat mampu membentuk penghadang semula jadi. — Gambar hiasan

Sementara itu, Sara Saad pula menyifatkan cadangan itu sebagai langkah sesuai kerana bukan sahaja tanaman bulu itu dapat menahan hakisan tetapi juga mencantikkan laluan. 

Namun katanya, penyelenggaraan perlu diberi perhatian memandangkan daun buluh mudah luruh. 

"Kena rajin kemas dan sapu sebab daun buluh banyak luruh nanti," tulisnya.

Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan pendekatan tersebut. 

Seorang pengguna Facebook, Aziz Gemok, menyuarakan kebimbangan terhadap aspek penyelenggaraan dan risiko bahaya yang mungkin timbul apabila buluh dibiarkan tidak terurus, terutamanya ketika musim hujan dan angin kencang.

"Dah tanam buluh, nak pula penyelenggaraan pembersihan daun dan buluh-buluh yang reput serta kos tinggi. 

"Selepas itu terbiar. Musim angin dan hujan, jadi bahaya kepada pengguna jalan raya sebab dekat dengan bahu jalan,” katanya. 

Aziz Gemok turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan kaedah tradisional seperti pemasangan penghadang jenis besi atau tembok konkrit yang disifatkannya lebih mudah diselenggara dan tahan lama.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram