
SEBUAH kereta kebal jenis Leopard 2SG mencuri tumpuan ketika sesi raptai sambutan Hari Kebangsaan Singapura (NDP) pada Sabtu lalu apabila secara tidak sengaja melanggar sebuah lampu isyarat berhampiran Bangunan Parlimen dan Mahkamah Agung di Singapura.
Insiden berlaku sekitar pukul 7.22 malam Sabtu semasa perarakan kenderaan tentera (mobile columns) selepas kenderaan itu membuat pusingan ke kanan di sepanjang North Bridge Road.
Rakaman kejadian yang dimuat naik ke laman Facebook SG Road Vigilante (SGRV) menunjukkan lampu isyarat terlibat mengalami sedikit kerosakan dan senget selepas dilanggar.
Video berkenaan turut meraih perhatian warga maya seluruh dunia sejak hari kejadian.
Leopard 2SG dominating Singapore’s NDP parade = epic presence.
Takes a turn too sharp → traffic light smashed
FSD not engaged, still one wrong move and you’re in Malaysia.#TankThings #Leopard2SG #NDP60 #OnlyInSingapore pic.twitter.com/BSaLND1QCF
— DriveGreenLiveGreen (@DriveGreen80167) July 7, 2025
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Singapura (Mindef) berkata, insiden berpunca daripada masalah teknikal yang dialami kereta kebal berkenaan.
Namun, beliau turut menegaskan tiada kecederaan dilaporkan dan kenderaan itu kekal berada dalam kawasan tertutup, jauh daripada orang awam.
"Kereta kebal tempur utama Leopard 2SG itu bergerak pada kelajuan yang dibenarkan iaitu 20 kilometer sejam dan kru telah bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP).
"Kenderaan berjaya dialihkan dengan selamat tanpa sebarang kerosakan," katanya menerusi satu kenyataan pada Sabtu lalu.
Mindef turut memaklumkan lampu isyarat itu hanya mengalami kerosakan kecil dan kerja pembaikan telah diselesaikan dengan kerjasama jawatankuasa penganjur NDP 2025 serta Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Untuk makluman, perarakan Hari Kebangsaan Singapura tahun ini turut menandakan sambutan 60 tahun kemerdekaan republik itu dan dijadual berlangsung pada 9 Ogos. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram