Rekrut baharu JDT sarung jersi no 5, petanda jelas pemergian Jordi Amat


  • Podium
  • Isnin, 02 Jun 2025

Cristian Glauder menjadi rekrut pertama skuad Harimau Selatan menjelang musim baharu. — Agensi

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) sudah memulakan usaha memperkuatkan pasukan menjelang musim baharu selepas mengumumkan kehadiran bek tengah baharu, Cristian Glauder.

Pemain yang sebelum ini beraksi di divisyen kedua Sepanyol bersama Cadiz FC dilihat sebagai rekrut terbaik untuk mengukuhkan barisan pertahanan Harimau Selatan musim depan.

Meskipun hanya beraksi dalam LaLiga2 pada kempen lalu, bek berusia 29 tahun berkenaan berpengalaman luas di Eropah kerana pernah beraksi buat beberapa kelab lain di Sepanyol.

BACA LAGI: Bintang golf beri bayangan Jordi Amat tinggalkan JDT, pilih Sepanyol sebagai destinasi baharu

BACA LAGI: Status bersama JDT masih samar, yang pasti Jordi Amat nafi khabar angin ke Indonesia

Jersi no 5 skuad Harimau Selatan menjadi milik Cristian Glauder. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Jadi, dengan dia boleh dikatakan masih di puncak karier, ia boleh dianggap sebagai satu langkah relevan buat JDT yang bercita-cita besar dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.

Bagaimanapun, berdasarkan pengumuman dibuat kelab berkenaan pada Ahad, ramai sedikir terkejut memandangkan Glauder akan menyarung jersi no 5 yang sebelum ini milik Jordi Amat.

Hal tersebut sedikit sebanyak mengesahkan pemergian bek kebangsaan Indonesia itu yang sebelum ini dilaporkan akan meninggalkan skuad Harimau Selatan, namun tiada sebarang pengesahan dibuat setakat ini.

"Rasanya pemain pertahanan yang akan dilepaskan ialah Jordi Amat dan Alvaro Gonzalez," kata Jeff Zain.

"Jersi no 5 bukankah milik Jordi Amat? Adakah dia akan keluar secara tetap atau secara pinjaman?" tanya Muhamad Sharofi Bin Salim.

Jordi Amat dilaporkan akan meninggalkan skuad Harimau Selatan tidak lama lagi. Facebook/JOHOR Southern Tigers

"No 5 milik dia, bermakna Jordi Amat akan ucapakan selamat tinggal tidak lama lagi," kata Abdul Halim.

Berdasarkan khabar angin terdahulu, kapten JDT itu dilaporkan akan berkelana ke Indonesia dengan Persib Bandung difahamkan berminat, namun ura-ura itu pantas ditepis pemain tersebut.

Jadi, sekiranya dia tidak memilih untuk kekal di rantau Asia Tenggara, tidak mustahil sekiranya dia akan pulang ke Sepanyol memandangkan dia membesar di negara tersebut.

Untuk rekod, Glauder pernah mewakili beberapa kelab seperti Alaves dan SD Eibar sebelum ini dengan rekodnya adalah cukup baik kerana dia jarang menerima layangan kad merah.

Bagaimanapun, dari segi rekod pencapaiannya setakat ini, pemain tersebut masih belum menjulang sebarang trofi dengan keputusan menyertai JDT boleh menamatkan penantian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram