
PERSIAPAN sibuk dilakukan barisan kejurulatihan Harimau Malaya dengan latihan pusat sudah dimulakan menjelang perlawanan persahabatan berdepan Cape Verde pada Khamis depan.
Berdasarkan perkongsian di laman media sosial Malaysia NT, skuad kebangsaan sudah memulakan sesi di Johor dengan pemain yang berada dalam Fasa 1 panggilan sudah melaporkan diri.
Latihan di fasiliti milik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu diteruskan dengan kehadiran beberapa wajah baharu seperti Syihan Hazmi, Matt Davies dan Shahrul Saad sudah tiba pada Ahad.
BACA LAGI: 'Jangan bunuh semangat dia', Badrul Afzan minta penyokong TFC terus sokong Rahadiazli
BACA LAGI: Kiper muda Selangor jadi pilihan lepas Abe diketepikan akibat urusan peribadi
Rahadiazli boleh menjadi alternatif baik buat skuad kebangsaan di posisi penjaga gol.
Ini merupakan satu petanda baik bahawa pengendali pasukan, Peter Cklamovski mahu menggunakan aksi tersebut untuk mencipta momentum positif bagi perlawanan menentang Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun depan.
Namun, berdasarkan perkongsian di laman TikTok Malaysia NT, ramai terkejut untuk menyaksikan keberadaan penjaga gol muda, Rahadiazli Rahalim yang turut menyertai kem latihan.
Ini kerana sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melaporkan pemain berkenaan terpaksa menarik diri akibat urusan peribadi, tetapi maklumat lanjut mengenainya tidak dikongsikan.
Jadi, kehadiran Rahadiazli yang turut dikenali sebagai Abe itu menimbulkan kejutan kerana masing-masing mula mempersoalkan sama ada dia akan beraksi atau sebaliknya.
"Ada pula Rahadiazali itu? Sebelum ini, dia kata ada urusan peribadi. Kita tunggu sahaja pengumuman atasan," kata Zamri Riduan.
"Ceria nampaknya kem Harimau Malaya, pasti ada manis-manis bagi perlawanan akan datang. Tapi, ada pula Abe? Bukankah dia tak dapat main untuk menentang Cape Verde?" soal Jamil Karim.
FAM sebelum ini menyatakan pemain berusia 23 tahun itu terpaksa menarik diri dari kem latihan Harimau Malaya dengan barisan kejurulatihan skuad kebangsaan memilih Sikh Izhan Nazrel sebagai pengganti.
Meskipun tidak menyatakan maklumat lanjut mengenainya, ramai beranggapan Rahadiazli tidak dapat beraksi kerana isu kecederaan atau kecergasan dialaminya sepanjang musim lalu.
Untuk rekod, penjaga gawang tinggi lampai tersebut pernah beraksi buat pasukan muda negara beberapa kali sebelum ini, namun hanya diletakkan di bangku simpanan bagi aksi bersama skuad senior.
Situasi sama dijangka turut disaksikan bagi perlawanan persahabatan akan datang kerana bersama Terengganu FC bagi kempen 2024/25, Rahadiazli kurang beraksi disebabkan penggiliran terlalu kerap diambil barisan kejurulatihan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram