'Berapa nak bagi duit belanja anak?', ramai resah kos makanan naik disebabkan gas tong ungu


  • Massa
  • Ahad, 25 Mei 2025

Sekiranya benar, langkah mewajibkan peniaga makanan menggunakan tong gas ungu tersebut dijangka memberi kesan langsung terhadap harga makanan siap masak di dalam negara.

BARU-baru ini, tular dakwaan mengenai langkah mewajibkan penggunaan tong gas pertroleum cecair (LPG) bersaiz 14 kilogram (KG) atau lebih dikenali sebagai tong gas ungu kepada peniaga makanan.

Dalam satu hantaran yang tular di media sosial menerusi akaun Facebook, Razak Omar endakwa bahawa langkah itu akan mula dilaksanakan bermula pada Julai tahun ini.

Situasi itu ternyata menimbulkan kebimbangan kerana dikhuatiri bakal memberikan kesan langsung terhadap makanan yang dijual di kedai sekiranya ia benar-benar dilaksanakan.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Menerusi hantaran tersebut, pengguna Facebook berkenaan yang juga dikenali sebagai Aro berkata, langkah tersebut sememangnya dijangka memberi kesan langsung terhadap harga makanan siap masak di dalam negara.

"Faktor ini akan bagi kesan langsung terhadap rakyat 'tidak bekerja' macam pelajar sekolah, dan juga pelajar di peringkat tinggi seperti universiti dan institusi lain.

"Kos makan sekitar 30 peratus dari total cost hidup. Kalau jenis kerap beratur makan viral dan acah kaya makan makanan mahal dan order delivery sahaja, kos makan cecah 50 hingga 60 peratus dari kos sara hidup.

"Aro sebenarnya sokong langkah ini tapo Aro harap duit subsidi yang berjaya dijimatkan tu digunakan dengan betul untuk bantu semula rakyat. Tapi itulah...rasanya kelaut...Jadi persoalan sekarang...Berapa kita nak bagi duit saku anak?

"Dan berapa peningkatan kos makanan siap masak?" soalnya dalam hantaran tersebut pada Jumaat.

Berita mengenai kenaikan itu sebelum ini turut dikongsikan oleh akaun Facebook, Buletin Kota Belud dan mendapat lebih 1,600 komen dan 847 perkongsian.

Mengulas mengenai isu berhubung kawalan bekalan gas LPG, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan kerajaan tidak pernah memansuhkan subsidi bahan berkenaan.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Armizan menjelaskan bahawa mana-mana peniaga menggunakan lebih daripada tiga tong LPG 14-kilogram pada satu masa diwajibkan memohon permit barang kawalan.

Katanya, langkah itu sama seperti ditetapkan di bawah Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram