Apa stail hijab yang trending kini, 'beaded shawl' antara rekaan kembali hangat


  • Gaya
  • Jumaat, 23 Mei 2025

Manis dan sopan tetap menjadi kunci kepada penggayaan hijab masa kini. - Instagram/@dshazalco @qasqass

TREND hijab terus berkembang seiring dengan perubahan gaya hidup.

Memakai hijab tidak menjadi penghalang bagi anda untuk kekal bergaya memandangkan kini terdapat banyak gaya hijab yang pelbagai.

BACA LAGI: Ketahui senarai 'influencer' hijab tempatan dijadikan inspirasi dan ikutan oleh gadis muda

BACA LAGI: 'Girls day out'! 5 kafe comel untuk berkumpul bersama teman pada hujung minggu

Malahan semakin banyak rekaan tudung yang tampil dengan pelbagai corak dan gaya yang menyempurnakan lagi penampilan anda.

Berikut Majoriti kongsikan beberapa senarai trend hijab paling popular sekarang:

Gaya lilitan bersahaja yang menjimatkan masa. - Instagram/@lavisaaexclusive

1. Ikatan belakang

Dengan hanya menggunakan shawl atau bawal, anda boleh menghasilkan gaya yang moden nak minimalis.

Cara pemakaiannya adalah dengan melilit kemas shawl atau bawal di bahagian leher, kemudian kedua-dua hujungnya ditarik ke belakang dan disimpul atau dibiarkan jatuh longgar di belakang bahu.

Gaya ini sangat sesuai untuk penampilan yang kasual dan ianya boleh menjimatkan masa.

Anggun berselendang manik, cantik di gayakan di majlis-majlis formal. - Instagram/@nurulellyna

2. Shawl beaded dan sulam

Fenomena tudung ini sememangnya melonjak naik pada masa ini.

Yalah, sebenarnya tudung ini sudah menjadi trend sejak dua dekad yang lalu dan dikatakan sudah ketinggalan zaman.

Namun, apabila beberapa pempengaruh tampil menggayakan tudung ini dan ternyata ianya kelihatan cantik bergaya, ramai wanita mula terburu-buru untuk membeli tudung ini.

Sulaman manik atau labuci di tepi shawl  membuatkan hijab ini kelihatan lebih eksklusif dan corak sulaman sekarang memang dibuat mengikut cita rasa remaja pada masa ini.

Tetapi, harganya pula boleh dikatakan agak tinggi berbanding dahulu dimana kini harga tudung ini boleh mencecah ratusan ringgit.

Keunikan stail hijab ini tampak jelas dari pandangan sisi. - Instagram/@adirasalahudi

3. Bawal lilitan 'visor'

Antara trend baru yang sedang meningkat naik sekarang ialah tudung visor. 

Ia adalah gaya hijab dimana tudung bawal yang dilipat segi tiga mempunyai lapisan kedua di atas kepala.

Namun, ada juga yang memilih untuk membuat sehingga dua lapisan mengikut citarasa masing-masing.

Gaya tudung ini digelar visor kerana ia dilihat seperti pelindung muka topi keledar dari pandangan sisi. 

Selain itu, wanita diluar sana gemar menggayakan gaya ini kerana ia kelihatan lebih bergaya berbanding gaya tudung bawal lain yang mungkin kelihatan agak kosong.

Nampaknya skarf polos tidak lagi sepopular dulu dan pilihan bercorak pula terus diminati. - Instagram/@hnnbhell

4. Tudung bercorak

Tidak dapat dinafikan, dimana-mana anda boleh melihat wanita memakai tudung yang mempunyai corak tidak kiralah floral atau tidak.

Walaupun ianya sudah lama berada di pasaran namun sejak akhir-akhir ini  tudung bawal bercorak terutamanya, semakin mendapat permintaan yang tinggi.

Oleh itu, ramai pempengaruh dan selebriti yang menggunakan peluang ini  dengan mula melancarkan jenama tudung masing-masing.

Kebanyakkan dari mereka melancarkan tudung yang bermotifkan corak floral dengan warna yang lembut dimana corak itu memang mendapat tempat dihati wanita sekarang.

Tambah-tambah lagi apabila dipadankan dengan blouse kosong, ia menambahkan lagi keayuan si pemakai.

Ilusi kelembutan nyata menyerlah dari stail pemakaian selendang panjang yang dibiarkan jatuh melepasi bahu. - Instagram/@chaamell

5. Gaya flowy

Mungkin ada yang berasa rimas atau sakit kepala apabila hijab yang dipakai terlalu ketat.

Tetapi dengan gaya tudung yang flowy menggunakan shawl chiffon atau satin yang ringan dan beralun cantik apabila dipakai, ia boleh mengurangkan masalah itu.

Pashmina juga menjadi kegilaan ramai sekarang ini.

Gaya ini mendapat tempat pertama dalam kalangan fashionista muda, ditambah  pula dengan gaya menampakkan anting-anting yang jelas boleh menaikkan lagi seri si pemakai. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Artikel Berkaitan:

qasqass, qasrina, dahlia rizal, hijab, hijabi, visor