[VIDEO] 'Real old money', pemuda bantu tumpang uncle pulang dari tepi jalan di JB terkejut bila sampai hantar depan rumah


  • Massa
  • Sabtu, 24 Mei 2025

Tangkap layar video tular berdurasi satu minit 16 saat memaparkan tindakan seorang pemandu yang membantu menumpangkan seorang warga emas untuk pulang ke rumah.

TULAR baru-baru ini video memaparkan tindakan murni seorang pemandu menumpangkan seorang lelaki warga emas di tidak dikenali di tepi jalan untuk pulang ke rumah.

Di dalam klip berdurasi satu minit 16 saat itu, lelaki terbabit dilaporkan ternampak warga emas berkenaan berjalan seorang diri dengan membawa plastik barangan dan payung.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Prihatin dengan keadaan tersebut, pemandu berkenaan difahamkan berpatah balik bagi menawar untuk menghantar warga emas terbabit yang berbangsa Cina pulang ke rumahnya yang terletak di Taman Seri Austin, Johor Bahru, Johor.

Selepas menaiki kenderaan, lelaki tersebut turut bertanyakan warga emas berkenaan mengenai keluarganya.

Menerusi perbualan tersebut, lelaki itu memaklumkan bahawa isterinya sudah tidak boleh berjalan sementara anak-anaknya pula kini sedang bekerja.

Bagaimanapun, sebaik tiba di kediaman terbabit, pemandu berkenaan dilihat agak kagum apabila melihat kawasan berkenaan yang menurutunya menempatkan kediaman bersaiz besar.

"Besarlah rumah uncle atas tu," kata pemandu itu di dalam video berkenaan yang tular sejak Sabtu.

Sebaik tiba di rumah berkenaan, warga emas tersebut melahirkan ucapan terima kasih kepada pemandu tersebut dan turut bersalaman sesama mereka.

"Rumah uncle besar rupanya...tidak mengapa, bila kita nampak tepi jalan kita tolong," ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut melahirkan kekaguman sikap warga emas tersebut.

"Real Old Money. Kat tempat saya. Ada seorang uncle setiap hari cari tin kosong dgn berbasikal. Mengayuh pun tak larat.

"Dia cari tin untuk dia minum di kedai kopi setiap hari. Takda (tiada) duit tin, tak boleh minum. Rumah dia punya la besar dan banyak hartanah yang disewakan," tulis SabaruddinSel.

"Memang org tua-tua suka jalan-jalan bersenam sama. Padahal beli sayur ke apa semua boleh sahaja anak beli online.

"Macam abah saya suka naik train. Dia dah dekat 80 tahun tapi fit sebab suka berjalan and bersenam macam ni.

"Uncle bukan tiada duit tapi suka bersosial cara lama. Semoga murah rezeki," ujar _AnnoNano_. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram