
DALAM sebuah kisah penuh emosi dan harapan yang menyentuh hati ribuan orang di media sosial, seorang wanita berkongsi detik lamaran paling bermakna dalam hidupnya yang berlaku sehari sebelum dia memulakan rawatan kimoterapi pertama.
Wanita itu yang kini sedang melawan penyakit kanser mendedahkan bahawa dia telah disahkan menghidap sejenis kanser yang agresif awal tahun ini.
Atas nasihat doktor, dia terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim bagi mengelakkan komplikasi lebih teruk di masa hadapan.
BACA LAGI: [VIDEO] Sesat di stesen tren KL, pelancong China terharu dibantu pakcik baik hati
BACA LAGI: Teringin ada gim sendiri di rumah? Ini 7 tip dikongsi oleh profesional
Pembedahan itu memberi peluang untuk mengawal penyebaran kanser, namun dengan satu harga yang sangat besar dia tidak lagi berpeluang untuk mempunyai anak.
Katanya, dia memberitahu semuanya kepada teman lelakinya tanpa berselindung, termasuk hakikat bahawa dia tidak boleh mengandung lagi.
Namun lelaki itu langsung tidak berganjak, malah terus berada di sisi menyokongnya sepanjang masa.
Malangnya, selepas pembedahan, doktor mendapati kemungkinan kanser sudah pun merebak dan ada tanda-tanda ia sudah sampai ke tahap tiga.
Wanita itu disarankan untuk memulakan rawatan kimoterapi secepat mungkin.
Ketika dia akhirnya membuat keputusan besar untuk melalui kimoterapi, teman lelakinya membuat sesuatu langsung tidak dijangka.
Kekasih hatinya melamarnya sehari sebelum sesi rawatan pertama bermula.
Perkongsian daripada wanita itu di media sosial.
Menurut wanita itu, dia tidak terus menerima lamaran tersebut kerana hatinya dipenuhi keraguan.
Sebagai pesakit kanser, masa depan begitu tidak menentu lebih meruntun jiwa, dia tahu teman lelakinya amat menyayangi kanak-kanak dan ia sesuatu yang tidak lagi mampu dia berikan.
Namun lelaki itu tetap teguh dengan keputusannya dengan berjanji akan menikahinya selepas rawatan selesai.
"Saya harap dia dah fikir masak-masak. Kalau akhirnya dia tetap pilih saya. Saya pun akan pilih dia," tulis wanita itu dengan penuh rasa terharu.
Teman lelakinya mengingati impiannya untuk dilamar dengan sebentuk cincin emas.
Apa yang lebih menyentuh hatinya adalah apabila teman lelakinya mengingati impiannya untuk dilamar dengan sebentuk cincin emas dan itulah yang diberikannya.
Tanpa pengetahuannya, lelaki itu telah menyimpan duit selama lima bulan semata-mata untuk membeli cincin tersebut.
Perkongsiannya di media sosial kini tular dan dihujani ucapan tahniah serta doa daripada orang ramai yang turut tersentuh dengan kasih sayang tulus pasangan ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram