
SEORANG wanita berdepan pengalaman mengejutkan selepas tayar kereta miliknya dikunci pengurusan kawasan tempat letak kenderaan terbabit gara-gara sebahagian daripada tayar kenderaan miliknya terkeluar dari garisan ruangan parkir disediakan.
Insiden dikongsikan pengguna X, attyusof, itu berlaku di sebuah pusat komersial di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran yang dimuat naik sejak Khamis itu, wanita tersebut berkata, dia meletakkan kenderaannya di lokasi berkenaan kerana mahu menghantar bayinya yang sakit ke klinik.
BACA LAGI: Tubuh Naza Group pada usia 21 tahun, Allahyarham Nasimuddin kebanggaan Kuala Pilah
"Kereta saya kena clamp di kerana tayar keluar garisan. Korang, tolonglah, adakah saya yang salah atau saya sedang dibuli?
"Saya park secara senget kerana kereta di sebelah saya sebelum ini park terlalu depan, jadi saya tidak dapat masuk dengan betul.
"Saya park di sini kerana nak bawa bayi saya yang sakit ke klinik," tulisnya.
Ujarnya, selepas selesai menghantar bayinya ke klinik, dia agak terkejut sebaik tiba di keretannya selepas mendapati tayar kenderaanya dikunci.
Ujarnya, usaha berhubung dengan pihak pengurusan pusat komersial berkenaan juga mengalami kesukaran.
KERETA I KENA CLAMP DEKAT REPUBLIK TTDI SBB TAYAR KELUAR LINE. Weh korang tolong lah am i in the wrong here or am i being bullied??? I park senget sbb kereta sebelah i sebelum tu park kedepan so i can’t enter properly. I park sini sbb nak bawak baby i sakit g clinic. pic.twitter.com/m12XJzabSw
— Att Yusof (@attyusof) May 22, 2025
"Alih alih sampai tengok kereta kena clamp? Dahlah tengah panas dengan bayi lagi.
"Parking attendant kata dia rasa tak sampai hati tapi boss suruh. Saya hubungi pihak pengurusan dan mereka hanya beri gambar (individu nama) En Sharif untuk kongsikan nombor parking tapi panggilan dibuat tak diangkat.
"Pejabat kata mungkin tengah makan tengah hari," katanya yang turut memuat naik foto menunjukkan kedudukan kenderaan miliknya di tempat parkir berkenaan.
Walaupun hanya perlu membayar RM50 bagi membuka kunci terbabit, wanita tersebut berkata, dia beranggapan dirinya tidak melakukan kesilapan dalam hal tersebut.
"Saya tak menimbulkan kesukaran terhadap sesiapa pun. Saya tak halang mana-mana kereta," katanya.
Di ruangan komen, rata-rata daripada warganet bersetuju dengan isu yang dibangkitkan wanita berkenaan.
Ini kerana mereka beranggapan wanita berkenaan tidak membuat sebarang kesalahan yang jelas sehingga menganggu lalu lintas mahupun keadaan trafik di lokasi.
"Tiada tolak ansur langsung mereka ini," tulis adzakael.
"Celah mana salah dia. Dah la hujung. Lantak la nak park macam mana pun bukan halang apa pun," tulis wenkt.
"Sampai kena clamp kot melebih sangat sebab kereta itu tiada halang atau susahkan siapa-siapa pun," kata ipohcmemalee. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram