
DENGAN menggunakan motosikal Honda EX5 Dream 2007 110cc yang diubah suai, Wanel Zynee keliling sekitar bahagian Semenanjung menawarkan hidangan kopi yang dibru segar.
Pilihan hidangan minumannya juga tidak kalah dengan kafe biasa.
Selain espresso, beliau turut menyediakan minuman kopi seperti Americano, macchiato dan piccolo.
Harga ditawarkan jauh lebih rendah daripada kafe biasa iaitu RM7 untuk Americano ais dan RM10 (Spanish latte).
"Membuat secawan kopi yang sempurna telah menjadi minat saya selama bertahun-tahun.
“Saya pernah mempunyai gerai kopi, tetapi ia tidak berjaya. Kemudian saya sedar perlu bergerak untuk berhubung secara terus dengan penggemar kopi," katanya.
Wanel mendapat inspirasi menjual kopi menggunakan motosikal selepas melihat perkongsian barista daripada Indonesia dan Thailand.
Dengan menjadikan motosikalnya sebagai 'gerai' mudah alih, kenderaan diubah suai itu turut mempunyai paip kecil, sinki dan dapur kem yang dikuasakan oleh tong gas butana kecil bagi mendidihkam air.
Beliau turut mempunyai penimbang elektronik kecil yang dengannya beratnya tepat 250g air untuk secawan yang baik.
Menurut Wanel, 30, inspirasinya bagi menjalankan jualan tersebut timbul selepas menonton video dalam talian barista di Indonesia dan Thailand membuat kopi di atas motosikal.
Wanel mempelajari teknik tersebut dengan teliti dan membina sendiri gerai motosikal yang serupa.
Langkah itu lebih mudah memandangkan beliau sendiri turut memiliki kemahiran bertukang.
“Ia pada asasnya adalah langlah membina kotak kayu yang mengisi keseluruhan tempat duduk belakang motosikal.
"Apabila membuka penutup ke tempat duduk hadapan, saya mempunyai bahagian atas kaunter yang luas untuk kerja membuat kopi,” katanya.
Pada waktu malam kebiasaan, Wanel membawa bekalan mencukupi untuk membuat kira-kira 80 cawan.
Selain espresso, beliau turut menyediakan minuman kopi seperti Americano, macchiato dan piccolo.
Penyediaan kopi buatan hasil air tangannya yang unik berjaya menarik perhatian dan membawa kepada jemputan untuk menjual kopi di majlis makan malam perkahwinan terbuka dan acara sosial.
Beliau juga bersedia untuk memenuhi permintaan khas bagi minuman tertenu seperti hidangan air oren atau Americano berkarbonat yang tiada dalam menu biasanya.
“Anda mesti konsisten dan tekun sekiranya mahu menjalankan perniagaan F&B.
"Apabila anda sentiasa ada untuk orang yang mahukan makanan atau minuman anda, anda akan mendapat barisan pelanggan setia yang panjang," katanya. — The Star/ARNOLD LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram