
TINDAKAN Menteri Pertahanan Amerika Syarikat , Pete Hegseth ketika sesi soal jawab di Kongres Amerika Syarikat (AS) pada 16 Januari lalu kini tular kembali.
Menerusi klip video dikongsikan di media sosial, Senator Tammy Duckworth sedang menyuarakan kebolehan dan kemampuan Hegseth untuk mengetuai rundingan antarabangsa.
Senator itu kemudiannya bertanya kepadanya sekiranya Hegseth boleh menamakan ahli Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara atau lebih tepat Asean dan perjanjian AS dengan negara terbabit.
Tidak hanya itu, Hegseth juga diminta untuk menyenaraikan beberapa negara dalam blok Asean.
Lebih mengejutkan apabila Hegseth gagal menyebutkan nama negara-negara Asean dan hanya mengalih kenyataannya dengan menyentuh tentang usaha AS bersama negara Asia lain.
"Saya tidak dapat beritahu jumlah negara Asean yang tepat, tetapi saya tahu kita mempunyai sekutu di Korea Selatan di Jepun dan di Australia yang mana sedang berusaha dengan mereka dalam projek kapal selam," jawabnya.
Jawapan itu sekali gus membuatkan Duckworth sebagai anak campuran AS dan Bangkok, Thailand kecewa.
"Tiada satu pun negara itu dalam Asean. Saya cadangkan anda buat sedikit kajian," keluhnya.
Sementara itu, Asean mewakili lebih daripada 650 juta penduduk dan secara kumulatif merupakan ekonomi kelima terbesar di dunia.
Kesilapan itu dengan cepat tersebar di media sosial di Asia Tenggara, termasuk Malaysia yang merupakan pengerusi Asean pada 2025.
Respons Hegseth juga menimbulkan tanggapan bahawa rakyat AS mempunyai streotaip dan pemahaman lemah terhadap negara luar sempadan mereka. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram