
PEMAIN pertahanan PSM Makassar, Yuran Fernandes berdepan masa sukar apabila dia digantung oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) kerana mengeluarkan komen terhadap sukan tersebut di negara itu.
Bintang Cape Verde itu digantung setahun akibat mengecam bola sepak Indonesia yang dikatakan penuh rasuah selepas golnya menentang PSS Sleman dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).
"Bola sepak di Indonesia adalah jenaka. Sebaga itu tahap korupsi di sini masih sama. Jika anda mahu buat duit, datanglah ke sini. Jika anda mahu bermain bola sepak secara serius, jauhi Indonesia," kata Fernandes.
BACA LAGI: Usah fikir panjang, ada 3 sebab utama Baim Manusi perlu pilih Selangor berbanding Kedah-Kuching City
Melihat kepada situasi tersebut, penyokong Selangor berpendapat ia adalah satu peluang buat mereka mendapatkan Fernandes musim depan.
Dengan hukuman gantung dikenakan kepadanya, Fernandes tidak boleh beraksi di Indonesia. Untuk meneruskan karier, dia perlu beraksi di luar negara tersebut sama ada sebagai pemain pinjaman atau tetap.
Penyokong Selangor FC melihat situasi menimpa Fernandes itu adalah sebagai peluang kepada Gergasi Merah menguatkan benteng pertahanan selepas pemergian Safuwan Baharudin.
Dengan fizikal setinggia 1.98 meter, Fernandes dilihat sebagai pertahanan tinggi lampai mampu mengukuhkan barisan belakang Selangor dalam misi beraksi di Asia musim depan.
Ditambah dengan dia merupakan rakan senegara kepada Alvin Fortes, mungkin pemain sayap itu boleh memainkan peranan bagi memastikan Fernandes menyertai Gergasi Merah.
"Yuran Fernandes dihukum larangan bermain selama setahun kerana kritik Liga Indonesia. Siapa yang tengok dia main di kejohanan AFC dan Piala Shopee dua tahun kebelakangan ni mesti tahu dia keras dan padu.
"Tinggi nak dekat 2 meter, kalau tak silap rakan senegara Alvin Fortes," kata penyokong Selangor bernama Syafiq Qi.
Fernandes sudah bersama Makassar sejak dari 2022 lagi dengan pemain itu mempunyai kontrak sehingga Mei 2026. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram