
SIHIR dan amalan khurafat sering dianggap sebagai satu bentuk gangguan boleh membawa mudarat yang besar, baik dari segi fizikal, mental, mahupun spiritual seseorang individu atau keluarga.
Kebiasaannya, amalan tersebut dilakukan dengan menggunakan objek, ritual, atau mantra tertentu yang bertujuan untuk mempengaruhi pihak yang ingin disasarkan.
Dalam pada itu, turut tular di media sosial mengenai pengalaman pelik dihadapi seorang pemandu lori selepas dia menemui objek berupa kain kuning di dalam kenderaan miliknya.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Insiden tersebut dikongsikan oleh isteri kepada lelaki tersebut di laman X menerusi akaun, wydsetan pada Khamis.
Menerusi gambar yang di muat naik, pemandu terbabit dilihat memegang satu balutan kain kuning yang diikat dengan tali.
husb i found this inside his lorry wtf pic.twitter.com/N3sPkMu6a0
— Rose(@wydsetan) May 8, 2025
"Suami saya jumpa benda ini dalam lorinya," tulis wanita tersebut dengan nada cemas.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata warganet melahirkan kebimbangan terhadap insiden tersebut yang dikhuatiri merupakan satu bentuk amalan sihir yang cuba ditujukan kepada keluarga wanita berkenaan.
"Ya ALLAH, semoga ALLAH lindungi keluarga anda daripada apa apa malapetaka dunia. Ya ALLAH selamatkan lah diorang ni," ujar ischuspleiades.
"Wehhhhh seram," tulis scharipahhh.
Sementara itu, terdapat juga netizen berkongsikan nasihat mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh pemandu dan wanita tersebut ketika berdepan situasi terbabit.
"Jangan buka, bakar baca doa pelindung," kata itskemboja.
"Bila dah jumpa depan mata ni, bagitahu suami anda jangan balik terus ke rumah.
"Singgah dulu mana-mana masjid. Bagitahu pak imam sekian-sekian. Dia tahu apa nak buat. Dah selesai, baru balik rumah.
"Ini hasil daripada pengalaman pernah dialami keluarga saya sebelum ini. Semoga tiada apa yang buruk terjadi," kata HfizSufi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram