
SEORANG pemilik rumah tidak menyangka bahawa ejen hartanah yang diharapkan untuk menguruskan kediamannya tidak bersikap amanah apabila menggunakan duit yang diberikan oleh penyewa.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna akaun Thread, _ju_mira.
Menurut wanita terbabit yang dikenali sebagai Mira, dia pada awalnya menyangka bahawa kelewatan pembayaran yang berlaku itu adalah disebabkan oleh penyewa.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Bagaimanapun, menurutnya, isu itu tidak dapat dipastikan dengan jelas lebih awal kerana ejen terbabit didapati seakan-akan sukar untuk berkongsikan maklumat nombor telefon penyewa.
"Saya ingatkan tenant yang tak bayar sewa. Rupanya ejen yang songlap duit. Patutla payah sangat mintak no telefon tenant. Lepas tu jawab macam tiada rasa bersalah.
"Pengajaran untuk diri sendiri jangan mudah percaya orang," katanya dalam hantaran pada Selasa.
Tangkap layar perbualan antara Mira dan ejennya. — Thread
Dia turut memuat naik tangkap layar menunjukkan perbualan antaranya dan ejen terbabit.
Menerusi perbualan terbabit, difahamkan, pemilik rumah apartment terbabit hanya mendapat bayaran selama sebulan meskipun proses penyewaan itu sudah berlangsung selama empat bulan.
Bagaimanapun, ejen terbabit kemudiannya memaklumkan akan menyelesaikan bayaran berkenaan sebelum 6 petang Rabu.
Di ruangan komen, _ju_mira berkata, status ejen tersebut sebagai perunding hartanah (REN) dilaporkan sudah tamat sejak 12 bulan lalu.
Tidak cukup dengan itu, ejen terbabit turut didakwa menipu penyewa dengan memaklumkan bahawa dirinya adalah sepupu kepada pemilik kediaman terbabit dan meminta penyewa bagi memindahkan wang sewa bulanan ke dalam akaunnya.
Setakat laporan ini ditulis, wanita berkenaan dilaporkan masih belum menerima bayaran daripada ejen terbabit.
Dia turut memaklumkan merancang untuk membuat laporan kepada syarikat perundingan hartanah di mana ejen terbabit berdaftar sebagai REN. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram