Rahsia di sebalik nilai hartanah terbiar: Unsur jenayah, tahyul, mistik dan realiti pasaran


  • Bizz
  • Sabtu, 26 Apr 2025

Stigma sememangnya memberikan kesan serius terhadap nilai hartanah. 

DI Malaysia, isu jualan hartanah terbiar merupakan menjadi satu perdebatan panas yang sering kali menimbulkan keprihatinan dalam masyarakat.

Di sebalik persaingan yang tinggi dalam permintaan terhadap hartanah di dalam negara, masih terdapat sesetengah hartanah terbiar termasuk di kawasan perdana didapati masih kekal terbiar tanpa pembeli.

Hartanah sedemikian yang lazimnya terdiri daripada rumah dan ruang komersial biasanya hadir dengan sejarah buruk sekali gus menyukarkannya untuk menarik pembeli berpotensi.

BACA LAGI: Survival tukang jahit, dulu nak dekat raya makin rancak kini suram, bersaing jualan online

BACA LAGI: Wau buatan pemuda Selayang pernah disewa hingga cecah RM25,000, tarik minat pembeli warga Perancis

Daripada tapak kemalangan malang ke rumah yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah, hartanah tersebut mungkin disertakan dengan tanda harga boleh membuatkan mana-mana pelabur tertarik.

Namun persoalan asasnya adalah, adakah ia benar-benar sebuah permata hartanah tersembunyi atau sebaliknya satu Kotak Pandora yang membuka sesuatu perkara tidak diingini?

Psikologi stigma hartanah

YB Iskandar Samad at PC on bad mainteinance of car park at Taman Komersial Pandan Indah. KIMBERLY YEO/THE STAR.

Penyebab terbesar stigma hartanah biasanya melibatkan kejadian menakutkan seperti pembunuhan atau bunuh diri. — Gambar hiasan

Manusia sememangnya mempunyai keupayaan luar biasa untuk mengaitkan tempat dengan kisah silam yang dibawa bersamanya.

Sebuah rumah dengan sejarah ala Romero - gaya menyerupai seperti filem zombi dan seram - boleh membuatkan penghuni masa depan berasa sedikit gelisah, walaupun selepas sekian lama hartanah itu ditinggalkan.

Begitu juga, rumah yang dikaitkan dengan kejadian bunuh diri atau penyebaran wabak boleh membawa suasana ngeri yang membuatkan pembeli berfikir dua kali sebelum membuat keputusan.

Kepercayaan budaya dan kepercayaan karut rakyat Malaysia turut memainkan peranan yang besar dalam membuat keputusan tersebut.

Dengan mengambil kira kesan stigma kuat tersebut, ia kemudiannya memberi ruang dengan dikaitkan kononnya ada unsur-unsur mistik.

Penyebab terbesar stigma hartanah biasanya melibatkan kejadian menakutkan seperti pembunuhan atau bunuh diri.

Kejadian sedemikian mungkin boleh memberi kesan buruk yang secara tidak langsung menentukan masa depan hartanah itu.

Selain itu, terdapat stigma lain turut boleh menjejaskan nilai hartanah tersebut.

Rumah atau bangunan yang pernah menjadi tempat kepada aktiviti haram seperti sarang dadah dan perjudian sebagai contoh meninggalkan kesan yang tidak balik dan sukar dihilangkan begitu sahaja.

Selain itu, rumah menjadi tumpuan kerana berita sensasi yang lazimnya bersifat negatif turut boleh membawa stigma buruk.

Nilai pelaburan dalam pembelian hartanah 

Stigma sememangnya memberikan kesan serius terhadap nilai hartanah. 

Hartanah dimaknakan oleh masa lalu sering dijual pada harga diskaun dan merugikan buat pemiliknya.

Bergantung pada berat stigma dan keadaan pasaran semasa, penurunan harga ini boleh berlaku sekitar 10 peratus hingga 50 peratus berbanding harga sebenar.

Pengurangan sedemikian tidak ditetapkan secara rawak.

Sebaliknya, ia adalah penampan yang sangat diperlukan untuk mengurangkan kebimbangan dan ketidakselesaan berkaitan dengan rumah terbabit.

Oleh itu, apabila mencari tawaran harga murah, adalah penting untuk menimbang kebaikan dan keburukan kerana kadang kala cerita silam hartanah itu boleh memberi kesan yang berbeza.

check out the state of abandoned One Bangsar

Hartanah terbiar turut kadang kala berada di tengah-tengah kawasan tumpuan. — Gambar hiasan

Namun, perkara itu tidak semestinya memberikan kesan sama kepada semua orang.

Bagi pelabur yang bijak, hartanah yang dicemari dengan stigma buruk boleh menyediakan peluang unik untuk memperoleh hartanah pada harga murah.

Bagaimanapun, adalah penting untuk menjalankan penilaian wajar menyeluruh sebelum membuat pembelian.

Ia termasuk menyelidik sejarah hartanah, menilai tahap stigma dan potensi kesannya ke atas nilai jualan semula pada masa hadapan.

Penglibatan bersama penduduk tempatan dan persatuan kejiranan juga boleh memberikan perspektif berharga tentang reputasi hartanah dan stigma berkaitan dengannya.

Kediaman yang tidak diselenggara dengan baik

Dalam pasaran hartanah, ahli profesional sudah sekian lama menyedari bahawa penyelenggaraan lemah boleh membawa kepada peningkatan stigma buruk kepada hartanah tersebut.

Hartanah yang tidak diselenggara dengan baik sering berdepan persepsi negatif. 

Adalah menjadi kepercayaan umum bahawa rumah terbiar dan usang menjadi tempat yang berhantu.

Tanggapan tersebut timbul daripada idea bahawa persekitaran yang kotor secara fizikal mencerminkan kekotoran rohani di lokasi berkenaan.

Walaupun ketiadaan peristiwa tragis seperti pembunuhan atau bunuh diri, orang ramai cenderung mencipta cerita sedemikian tentang rumah terbiar.

Dalam kebanyakan kes, apa yang diperlukan untuk mengubah rumah yang kononnya berhantu menjadi rumah mesra hanyalah lapisan cat yang segar dan pembersihan yang baik.

Menyentuh mengenai rumah berhantu, ejen hartanah pastinya tidak akan membincangkan mengenai sebarang kejadian tragis yang berlaku di premis berkaitan sekiranya tidak ditanya.

Jadi, apabila mempertimbangkan rumah, seseorang pembeli perlu bertanya jika terdapat sebarang kejadian aneh atau mistik berlaku di kediaman berkenaan.

Risiko dan ganjaran

Keputusan untuk membeli hartanah dengan stigma negatif akhirnya terletak kepada penilaian peribadi terhadap risiko dan pulangan pembelian tersebut.

Bagi sesetengah orang, potensi keuntungan kewangan perlu diambil kira, sekali gus melebihi risiko remeh seperti kisah mistik dan reputasi hartanah itu.

Mereka mungkin sanggup menyahut cabaran untuk mengubah harta yang tercemar menjadi rumah atau pelaburan yang diingini.

Bagaimanapun, terdapat pihak lain mungkin tidak mahu menjejaskan ketenangan fikiran mereka dan lebih suka mengelakkan membeli hartanah yang bermasalah.

Akhirnya, topik rumah yang memiliki stigma negatif sering dikaitkan dengan kepercayaan budaya dan tahyul.

Huge multi floors concrete structure of abandoned building with stairs surrounded by grass and trees with blue sky in the background. Architecture detail. No people.

Keputusan untuk membeli hartanah dengan stigma negatif akhirnya terletak kepada penilaian peribadi terhadap risiko dan ganjaran. — Gambar hiasan

Walaupun sesetengah orang mungkin menolak kepercayaan tersebut sebagai tidak rasional, mereka memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan mempengaruhi keputusan dalam pembelian hartanah.

Ejen hartanah dan pemaju hartanah juga semakin menyedari kesan stigma dan melakukan segala yang mereka mampu untuk menanganinya.

Strategi tersebut termasuk perkongsian telus tentang sejarah hartanah, penawaran diskaun untuk mengimbangi stigma yang timbul dan melaksanakan remedi feng shui untuk memulihkan keseimbangan.

Ketelusan adalah penting dalam mengurangkan kesan stigma.

Penjual dan ejen bertanggungjawab untuk berkongsikan sebarang fakta yang boleh menjejaskan nilai atau nilai hartanah itu termasuk sebarang peristiwa yang membentuk stigma yang berlaku.

Kegagalan untuk mendedahkan maklumat diperlukan boleh menyebabkan pertikaian undang-undang dan merosakkan reputasi penjual.

Sesetengah pemaju juga kini sedang giat berusaha untuk menjenamakan semula hartanah yang telah menerima stigma buruk.

Ia termasuk melibatkan pengubahsuaian meluas, landskap dan juga menamakan semula harta itu untuk mencipta permulaan baharu.

Dengan mengubah penampilan fizikal hartanah dan memberikannya permulaan yang baharu, pemaju menyasarkan untuk memadamkan kaitan negatif untuk menarik bakal pembeli.

Walaupun mereka menawarkan potensi untuk keuntungan kewangan yang ketara, ia juga membawa risiko dan pertimbangan emosi.

Ia adalah keputusan peribadi yang mesti dinilai setara dengan kepercayaan individu, toleransi risiko dan objektif kewangan.

Dengan memahami dinamik stigma dan menggunakan pendekatan yang lebih waras, pembeli boleh mengemudi segmen khas pasaran hartanah Malaysia ini dan membuat keputusan dengan lebih baik. — The Star/SAMANTHA WONG 

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram