'Mungkin suami baru dapat Tan Sri', penjual popia terkedu kena tegur lepas panggil pelanggan 'makcik'


  • Tular
  • Isnin, 05 Mei 2025

Tangkap layar video tular memaparkan seorang penjual popia ditegur kerana memanggil pelanggannya dengan gelaran makcik.

SEORANG penjual popia tidak menyangka tindakannya memanggil seorang pelanggan wanitanya dengan gelaran makcik tidak disenangi oleh individu tersebut.

Disebabkan itu, dia turut ditegur oleh wanita terbabit yang menasihatinya agar memanggil dengan gelaran yang lebih umum atau formal iaitu puan.

Video mengenai insiden tersebut turut dirakam oleh penjual tersebut yang dipercayai membuat siaran langsung aktiviti jualannya pada hari kejadian.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Menerusi klip berkenaan, penjual itu dilihat sedang menyediakan hidangan popia bersama seorang rakannya.

Bagaimanapun, seorang wanita kemudiannya didengar memberikan teguran kepada lelaki itu agar menggunakan panggilan puan atau tuan kepada pelanggan.

Menerima teguran berkenaan, penjual terbabit dilihat hanya tersenyum dan mengangguk sambil menyelesaikan tempahan makanan yang disediakan.

"Panggil makcik pun tak boleh ke," ujar tulisan dalam video tersebut.

Dalam pada itu, klip berkenaan turut mendapat perhatian warganet apabila ia tular di media sosial sejak Isnin.

Netizen bagaimanapun memberikan reaksi yang bercampur-baur terhadap insiden tersebut.

Pada masa sama, ada juga yang memberikan komen secara sinis terhadap kejadian itu.

"Laki dia baru dapat Tan Sri kot. Itu yang suruh panggil puan. Nasib tak suruh panggil Puan Seri," tulis AmirPaan.

"Lelaki juga steady, kecil ke besar ke panggil abang sahaja," kata kamaghul.

"Pada pendapat saya, tiada masalah dengan teguran puan ini. Saya bersyukur jika ada orang yang mengingatkan dengan baik-baik seperti ini.

"Sebab dulu, saya pernah ditegur dengan kuat kerana memanggil seorang wanita 'akak'. Dia pandansaya dengan tajam kemudian jerit 'PUAN!!!'. Sampai hingga hari ini saya malu," kata aqilfeehily.

Sementara itu, terdapat juga pengguna berpendapat bahawa di dalam bidang khidmat pelanggan, panggilan gelaran adalah sesuatu yang tidak boleh diambil ringan.

"Khidmat pelanggan sebenar memang tak boleh panggil makcik, pakcik, abang dan kakak pun. Kena panggil puan, encik atau tuan," tulis overmybarefeet. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram