JENAZAH pendaki Malaysia, Rennie Abdul Ghani yang maut selepas terjatuh di laluan Torean, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia dijangka dibawa pulang ke tanah air pada Selasa.
Perkara itu dimaklumkan adik kepada Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Yana.
“Jenazah abang long saya kini berada di Hospital Bayankara Mataram selepas berjaya dibawa keluar dari laluan Torean, Gunung Rinjani malam tadi.
"Dia akan dibawa pulang ke tanah air esok (Selasa) sebelum dikebumikan di Johor Bahru," katanya seperti dilaporkan Buletin TV3.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Yana berkata, jenazah abangnya selamat dibawa keluar dari kawasan terbabit pada pukul 8.30 malam (waktu Malaysia) dan tiba ke hospital pukul 11 malam Ahad.
Dia turut melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan menyelamatkan abangnya.
Kami sekeluarga juga memohon maaf atas semua kesulitan,” katanya dalam laporan sama.
Sebelum ini, Allayarham Rennie dilaporkan terjatuh ke jurang sedalam lebih 100 meter di laluan Torean.
Pendaki berusia 57 tahun itu juga terjatuh ketika menuruni laluan dari Danau Segara Anak menuju Torean bersama rombongan pendakian.
Menurut Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), insiden itu berlaku di kawasan yang terkenal dengan laluan mencabar dan curam, sekali gus memerlukan penggunaan peralatan khas pendakian untuk operasi pemindahan mangsa pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram
