
TERSENTUH dengan kebaikan dan keikhlasan ditunjukkan kakitangan di Hospital Keningau Sabah, seorang wanita tampil menggunakan media sosial untuk mencari seorang jururawat yang bertugas dan membantu ketika ibunya dirawat di pusat perubatan tersebut.
Menurut pengguna Facebook, Nur Suhaila Abdul Halih, kemesraan dan sikap rajin ditunjukkan staf hospital terbabit sangat meninggalkan kesan terhadapnya yang ketika itu sedang menjaga ibunya.
Kebaikan itu juga masih membekas walaupun peristiwa itu sudah berlaku lebih dua tahun lalu.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Tangkap layar hantaran yang dibuat oleh Nur Suhaila di Facebooknya baru-baru ini.
"Hai warga Hospital Keningau, saya ingin mencari seorang staff yang bertugas di Wad Perubatan Perempaun 3A Hospital Keningau di mana pada masa itu ibu saya masuk ward beberapa kali (lebih empat kali pada 2023.
"...dan dalam beberapa kali itu juga nurse ini banyak membantu saya, mula-mula memang agak segan memohon bantuan tetapi setiap kali dia "on duty" dia la nurse yang ringan tulang paling peramah membantu sambil bergurau, berkata baik dan sopan dengan kami sehingga saya lupa kesedihan saya semasa menjaga ibu saya kerana dia memberi kata-kata semangat.
"Begitu juga dengan ibu saya yang sangat selesa dengan nurse ni atas layanan yang sangat baik," katanya yang turut berkongsikan foto jururawat tersebut.
Menurut Nur Suhaila, usahanya bagi mencari semula jururawat terbabi kerana ingin memberikan penghargaan sebelum dia dan keluarganya berpindah.
"Jika berpeluang saya ingin memberi kan penghargaan kepada dia sebab kami sudah berpindah daerah, kami bukan lagi berada di Keningau.
"Seingat saya staff ini berasal daerah Tambunan, minta maaf saya sertakan gambar dia semasa dia tengah bantu ibu saya," tulisnya lagi pada hantaran tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram