
KEJATUHAN nilai mata wang rupiah yang dilaporkan baru-baru ini secara tidak langsung membuka peluang besar buat pelancong asing untuk melawat ke negara itu.
Ia sekali gus menjadi faktor utama jumlah pelancong Malaysia ke Indonesia meningkat.
Lebih mengejutkan apabila kadar pertukaran wang ringgit dilaporkan lebih stabil berbanding 2024.
BACA LAGI: Buat ‘eyelash lifting’ harus cuma jangan sampai tabaruj! Guna inai pun dianggap berlebih-lebihan
Nilai mata wang rupiah berada di paras terendah setakat Ahad minggu lalu.
Perkara itu juga tidak dapat dinafikan berlaku disebabkan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat sejak tiga minggu lalu.
Rata-rata warganet juga tidak sabar untuk merebut peluang bercuti ke Indonesia dengan kos yang lebih rendah dan berbaloi.
"Nampaknya rupiah Indonesia jatuh terbawah berbanding ringgit Malaysia hari ini.
"Makin sedap rakyat Malaysia nak melancong ke Indonesia," tulis @Marchfoward.
"Nampaknya ada peluang untuk trip ke indo kalau macam gini la gayanya ni. Mana satu yang seronok, Jakarta, Bandung, Jogjakarta, Bromo, Bali atau Lombok," tambah @izsmin.
Berdasarkan data Badan Pusat Statistik Indonesia (BPS), Malaysia kekal menjadi penyumbang terbesar pelancong asing di Indonesia sejak 2022 dengan jumlahnya mencecah 2.27 juta pada 2024.
Pelancong Malaysia juga mengatasi negara lain seperti Australia, Singapura, China, Timor-Leste dan India. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram