[VIDEO] Utamakan pejalan kaki, moga lebih ramai ‘mind set’ pemandu Malaysia sebegini


  • Massa
  • Ahad, 27 Apr 2025

Lintasan belang putih dan kuning yang perlu diutamakan kepada pejalan kaki.

PENDEDAHAN tentang peraturan jalan raya menjadi antara isu yang sering kali dibahas setiap tahun.

Ia termasuklah sikap sesetengah pengguna kurang peka terutama terhadap kepentingan lintasan belang atau zebra crossing kepada pejalan kaki.

Meskipun ia ditekankan dan dilatih dalam kelas memandu, namun masih ramai tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

BACA LAGI: [VIDEO] Menyusur laluan belakang rumah, sekeluarga panik disamun 2 lelaki bermotosikal di Kulim

BACA LAGI: Kluster wabak misteri dikesan di Yan, lebih 30 pelajar sekolah dijangkiti

 

 

 

 

Justeru, video dimuat naik seorang penunggang motosikal di media sosial menggunakan akaun TikTok @driving4dummies baru-baru ini antara langkah positif untuk memberi kesederana kepada masyarakat.

Menerusi video itu, dia dilihat memberi panduan kepada para pemandu kenderaan perlu sentiasa mengutamakan pejalan kaki ketika melalui lintasan belang kuning mahu pun putih.

Menurutnya, pemandu juga perlu memastikan pejalan kaki dapat melintas dengan selamat sebelum meneruskan perjalanan.

Video tersebut sekali gus mendapat perhatian masyarakat Malaysia.

"Semoga lebih ramai pengguna jalan raya di Malaysia ada mind set (fikiran) seperti ini, terima kasih," komen @bckupacc99.

"Sebelum bagi laluan untuk pejalan kaki melintas, jangan lupa pastikan kenderaan belakang peka juga dan bersedia nak berhenti," saran @Boboboyan20.

"Bagus bertolak ansur begini," tambah @zulazri03. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram