Polis Johor sahkan bekas suami Kim Seri ditahan, disiasat susulan scam pelancongan ke Korea


  • 112
  • Ahad, 27 Apr 2025

Bekas suami Kim Seri disahkan kini dalam tahanan Polis Johor kerana terlibat dalam penipuan tersebut.

PIHAK polis mengesahkan bekas suami kepada pempengaruh yang dikenali sebagai Kim Seri susulan kes penipuan pakej pelancongan ke Korea.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, suspek ditahan kerana didapati turut terlibat dalam kes tersebut. 

Menurutnya, suspek merupakan pemilik akaun kepada syarikat Cikgu Kimchi Trading yang digunakan untuk menerima pembayaran dari mangsa terpedaya dengan tawaran pakej tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Kim Seri: Skandal penipuan pelancongan ke Korea babit kerugian lebih setengah juta ringgit, dedah Bukit Aman

BACA LAGI: Penduduk tadah tangan syukur, bekalan air terjejas di Pulau Pinang dijangka pulih sepenuhnya Isnin

"Tangkapan pertama terhadap suspekdibuat pada Isnin lalu dan dia masih dalam tahanan polis Johor untuk siasatan lanjut.

"Semakan mendapati, terdapat lapan kertas siasatan sudah dibuka terhadap akaun terlibat di sekitar Johor Bahru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, kertas siasatan itu juga akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

"Selain Johor, siasatan juga mendapati suspek turut terlibat dalam modus operandi sama di kawasan lain," tambahnya. 

Beliau berkata, kes disiasat di bawah kesalahan tipu, Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh dikenakan denda. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram