[VIDEO] 'Jangan bawa budaya sukan lain dalam ragbi sekolah', ibu bapa kena kawal diri ketika perlawanan


  • Massa
  • Ahad, 27 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan situasi tegang antara ibu bapa dan pengadil ketika perlawanan ragbi di sebuah sekolah baru-baru ini.

IBU bapa disarankan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan mengawal diri daripada mencetuskan sebarang ketegangan dalam apa jua aktiviti sukan yang dilakukan di sekolah.

Pesanan itu diberikan susulan timbul isu berkaitan video tular di media sosial sejak Ahad memaparkan pergaduhan yang berlaku di sebuah sekolah di Tapah, Perak baru-baru ini.

Kejadian itu juga difahamkan berlaku ketika satu perlawanan ragbi diadakan di padang sekolah berkenaan.

BACA LAGI: Polis Johor sahkan bekas suami Kim Seri ditahan, disiasat susulan scam pelancongan ke Korea

BACA LAGI: Penduduk tadah tangan syukur, bekalan air terjejas di Pulau Pinang dijangka pulih sepenuhnya Isnin

 

 

 

 

 

Dalam video sama, kelihatan beberapa penyokong yang terdiri daripada ibu bapa bertindak agresif menyerang pemain dan pengadil.

Punca sebenar kejadian bagaimanapun tidak dapat dipastikan lagi setakat ini.

Susulan itu, ramai berharap ibu bapa tidak membawa masuk budaya sukan lain ke dalam sukan ragbi.

Ibu bapa yang menjadi penyokong juga diingatkan bahawa kanak-kanak tersebut masih bergelar pelajar dan berada di bawah umur.

Ini kerana pertandingan tersebut hanyalah sebuah peringkat sekolah dan kebanyakan jurulatih juga berkhidmat secara sukarela.

Justeru, ibu bapa perlu menyerahkan keputusan atau operasi dijalankan sepenuhnya kepada pengadil terlibat dalam aktiviti tersebut.

Rata-rata warganet juga menggesa pihak ibu bapa tidak melangkaui batas dalam acara sekolah.

"Ragbi ini sukan ekstrem tetapi penuh disiplin. Luar padang mereka adalah manusia biasa.

"Tak perlu ibu bapa di luar masuk campur urusan di dalam padang," komen Zetty Syafinaz.

"Jangan bawa budaya bola sepak dalam ragbi. Ini sukan yang sangat dihormati," tambah Hairul Asyraf. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram