
PENGUMUMAN keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Khamis lalu menyaksikan ribuan calon berjaya mencatatkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Bagi kebanyakan pelajar, kejayaan tersebut pastinya merupakan satu saat manis yang perlu diraikan bersama insan tersayang.
Namun, tidak semua memiliki kesempatan sama lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah kehilangan ahli keluarga.
BACA LAGI: Cuaca ekstrem jejas harga kopi dunia, potensi Liberica Malaysia jadi alternatif?
Perkara itulah terpaksa dihadapi Muhammad Faiz Qudry yang hanya mampu meraikan keputusan SPM diperolehi dengan berkunjung ke pusara ibu, ayah dan adiknya.
Menerusi video dikongsikan di TikTok, Muhammad Faiz yang mendapat 5A dilihat memegang kertas keputusan SPM di tepi kubur ahli keluarganya.
“Ayah, umi, adik! Abang dapat 5A SPM,” tulisnya dalam video berkenaan.
Dalam pada itu, di ruangan kapsyen, Muhammad Faiz turut melahirkan kesyukuran dengan keputusan yang dicatatkannya meskipun sederhana.
Menerusi satu hantaran berasingan, Faiz turut bergambar dengan kubur ibu, ayah dan adiknya sambil memegang keputusan SPM tersebut.
Muhammad Faiz berjaya mencatat 5A dalam peperiksaan SPM.
“Abang akan cuba lagi untuk menjadi yang terbaik walaupun tanpa korang (umi, ayah, adik) di sisi abang. Abang harap dengan pencapaian abang tu dapat membahagiakan korang!
“Abang cuba jadi anak yang terus kuat hadap semua rintangan. Dalam masa sama abang tak dapat merasakan naik pentas dengan mak ayah, tapi tak apalah itu ketentuan takdir, jadi apakan daya seorang hamba yang ingin mengeluh ia tidak akan berubah.
“Abang minta maaf kalau tak dapat memberi yang terbaik untuk korang tapi abang janji abang akan terus berusaha untuk bergelar yang terbaik!” jelasnya.
Sebelum ini, kisah Muhammad Faiz turut menarik perhatian rakyat Malaysia selepas dia kehilangan kesemua ahli keluarganya akibat penyakit Pneumonia dan asma.
Muhammad Faiz (dua dari kanan) bersama ibu bapa dan adiknya pada 2011. Bapanyameninggal dunia pada 2014 manakala ibu dan adiknya pada 2016.
Ayahnya meninggal dunia pada 2014 manakala ibu dan adiknya pada 2016.
"Kami bangga dengan keputusan Abang. Tak mudah nak tempuh apa yang Abang tempuhi. Bangga gila kami dengan abang! Pesan kami semua dekat Abang, terus maju kehadapan, janga berhenti belajar. Abang boleh!" tulis mikamika.
"Awak membuat air mata saya mengalir. Moga Allah jaga dan memberikan kejayaan yang luar biasa di dunia dan akhirat.
"Harta yang paling berharga untuk ibu bapa adalah anak yang soleh untuk mendoakan mereka. Tahniah," kata FouziahGous.
“Tahniah bang, abang terlalu kuat sebab selesaikan SPM tanpa mak, ayah dan adik abang. Tapi apa-apa pun stay strong bang," ujar ntahla3793. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram