
SEIRING waktu berlalu, pelbagai trend dan budaya anak muda sudah melalui fasa perubahan termasuk terutama dalam aspek hiburan.
Perubahan ketara itu sememangnya dapat dilihat menerusi seluruh platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Sama seperti video tular di media sosial sejak Ahad, jelas membuktikan perbezaan trend hiburan golongan muda zaman sekarang.
BACA LAGI: Seramai 11 pendulang emas dibunuh kejam, ambil masa 3 hari dibawa keluar guna helikopter
Video yang memaparkan persembahan tarian 'raver' oleh seorang pelajar lelaki di sebuah universiti itu juga menerima pelbagai reaksi daripada warga maya.
Meskipun ramai beranggapan bahawa ia satu tarian tidak sopan dan tidak mencerminkan golongan pelajar, namun ada juga yang melihat ia daripada perspektif berbeza.
Rata-ratanya turut mengatakan ia tidak menjadi satu kesalahan, malah dijadikan sebagai medium hiburan yang kreatif dan positif.
"Zaman dah berubah. Manusia juga berubah mengikut umur. Zaman muda mereka tak akan nak berperangai macam orang berusia.
"Janji mereka tak buat perkara yang salah, memudaratkan. Pada masa sama, banyakkan nasihat dan doa untuk anak-anak ini. 20 atau 30 tahun akan datang, mereka juga akan jadi seperti kita," komen Noor Sapinas Mohamad Salleh.
"Sama sahaja dengan orang lain masa muda. Dahulu menari 'shuffle' sana sini. Jadi budak punk, skinhead, rambut pacak macam tiang lampu, gothic," tambah Ah Chong.
Perkara tersebut juga dilihat hanya memberi peluang untuk pelajar di universiti menghiburkan diri di luar waktu belajar.
"Yang bekas siswazah dahulu pun ada hiburan tersendiri. Bukanlah 24 jam mentelaah. Cuma zaman universiti dahulu belum wujud istilah tular macam sekarang," kata Irwan Zw.
"Tak ada yang salah pun. Beza zaman 'shuffle', tektonik dahulu. Waktu itu tak ramai ada telefon pintar, jadi kalau joget depan pusat beli-belah, tepi longkang tak tular," sokong Amirul Danial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram