Mangsa tragedi kebakaran Putra Heights tak perlu bayar bil air Mac


  • Massa
  • Jumaat, 11 Apr 2025

Kesemua mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran di Putra Heights diberi rebat bil air untuk Mac.

MANGSA yang terjejas dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang, Selangor diberi pengecualian bayaran dan rebat bil air penuh untuk Mac.

Air Selangor berkata, rebat sebanyak 100 peratus secara one-off itu diberikan bagi meringankan beban pelanggan terbabit dalam insiden tersebut. 

Menurutnya, tiada caj dikenakan untuk penyambungan semula bekalan air dan premis tanpa penggunaan air serta dikecualikan caj minimum buat sementara waktu.

BACA LAGI: Usahawan terjejas Putra Heights boleh tangguh bayaran hingga 6 bulan, keluar simpanan Tekun Nasional — Kuskop

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan ikan besar, rupanya geng pancing guna joran tarik 2 remaja hanyut di Pantai Ketawang

Notis yang dikeluarkan Air Selangor pada Jumaat.

"Tiada caj bagi penyambungan semula bekalan air untuk rumah yang mengalami gangguan bekalan air akibat insiden ini dan tiada caj minimum dikenakan ke atas premis yang tiada penggunaan air dalam satu tempoh sehingga diputuskan kemudian,

"Air Selangor akan terus mengikuti perkembangan di kawasan terjejas dan komited untuk membantu pelanggan kami di Putra Heights yang terlibat mengikut keperluan semasa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, pelanggan terjejas disarankan untuk menghubungi wakil Jabatan Khidmat Pelanggan, Yasmin Hood di talian 019-2883897 untuk maklumat lanjut.

Sebelum ini seramai lebih 300 penduduk terkesan termasuk kehilangan tempat tinggal dan harta benda akibat kejadian itu. 

Susulan itu, pelbagai usaha disalurkan kerajaan dan pihak bertanggungjawab lain dalam membantu mangsa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram